Gambar hiasan |
Gambar kenangan Jagdeep (kanan) dan ayahnya, Karpal |
ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata, Najib yang juga Presiden Umno sepatutnya jujur dan konsisten semasa cuba menggantikan akta tersebut dengan Akta Keharmonian Nasional sekarang.
"Saya memang berpuas harti dengan Perdana Menteri kita kerana langkah menilai semua Akta Hasutan itu adalah langkah yang betul.
"Tapi, kalau masih menggunakan Akta (Hasutan) itu dengan mengheret mana-mana pihak, Perdana Menteri nampak tidak konsistan.
"Kalau jujur dan ikhlas, tarik balik semua dakwaan dan hukuman yang menggunakan Akta (Hasutan) ini," tegas beliau semasa dihubungi wartawan.
Perkembangan terbaru ini sekaligus menjadi satu lagi rekod "janji ditepai" yang dilaungkan Najib adalah kosong serta mengelirukan rakyat.
Terdahulu, Hakim Azman Abdullah menetapkan Timbalan Pendakwa Raya, Noreen Badaruddin berjaya membuktikan terdapat kes prima facie terhadap kes Karpal. Pihak pembelaan diketuai oleh Jagdeep.
Karpal didakwa lantang mempersoal tindakan Sultan Perak melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin.
Walhal, ahli politik veteran itu dikatakan mempertika proses kudeta yang dilakukan oleh pentadbiran Najib.
Seramai 19 saksi memberi keterangan pada perbicaraan kes itu termasuk Timbalan Pengarah Berita TV RTM Roslan Ariffin dan wartawan Utusan Malaysia Nizam Mohd Yatim.
Karpal Singh pada 17 Mac tahun lepas, minta dibicarakan terhadap pertuduhan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak pada sidang akhbar di pejabatnya Tetuan Karpal Singh & Co, Jalan Pudu Lama, di sini antara pukul 12 tengah hari dan 12.30 petang, 6 Feb lepas.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan menghadapi hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan -END
No comments:
Post a Comment