16 July 2012

200 tuntut 'janji ditepati' Najib bebas 45 tahanan ISA

Gambar ihsan dari FB Wak Balun
HiMPUNAN anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kemunting, Perak yang masuk minggu ketiga berturut-turut pagi semalam disertai kira-kira 200 rakyat Malaysia.

Mereka menuntut pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membebaskan 45 tahanan ISA berbaki selari dengan hasrat kerajaan Umno Barisan Nasional pusat kononnya memansuhkan akta draconion itu.

Penyelaras Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syukri Abdul Razab berkata, perhimpunan aman itu dijangka menerima penyertaan kira-kira 500 orang jika tiada sekatan jalan raya oleh polis.

Perhimpunan yang bermula jam 11 pagi itu berlangsung hampir dua jam sebelum diikuti lawatan anggota keluarga tahanan.

Menurutnya lagi, perhimpunan itu turut disertai anggota dan penyokong PAS sekitar Perak.

"Kami berjaya membawa kumpulan besar kerana mereka (PAS) menyertai. Jika tidak kerana sekatan jalan raya, angka ini akan jauh lebih besar," katanya dipetik dari Malaysiakini.

Pengerusi GMI, Said Ibrahim Said Noh, Nasruddin Hassan at-Tantawi (Ketua Pemuda PAS Malaysia) dan Aiman Athirah al-Jundi (Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia) turut hadir pada himpunan aman tersebut.

Seramai 45 orang, termasuk 25 warganegara asing masih ditahan di kem Kamunting atas pelbagai alasan termasuk penyeludupan manusia, aktiviti keganasan dan pemalsuan dokumen.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan bahawa slogan 'Janji Ditepati' yang diselokakan oleh pentadbiran Najib demi membeli kembali kepercayaan rakyat semata-mata. -END

SEBARKAN!
Klik gambar

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus