Wajib Mudhayyaq vs Wajib Muwassa'
KEWAJIPAN yang berhimpun pada satu-satu masa atau tempat atau kondisi turut mempunyai jawapan dari segi usul fiqh.
Kewajipan yang terhimpun ini antara lain boleh ditaqsimkan dalam dua ketegori.
Pertama, wajib mudhayyaq atau kewajipan yang bersempitan.
Kedua, wajib muwassa' atau kewajipan yang berluasan.
Contoh 1:
Puasa bagi sekalian mukallaf dalam bulan Ramadhan adalah wajib mudhayyaq kerana kewajipan itu tidak boleh dilakukan pada bulan yang lain.
Contoh2:
Solat fardhu bagi sekalian mukallaf adalah wajib muwassa' kerana kewajipan itu boleh dilakukan pada awal waktunya hatta akhir waktu selagimana tidak melewati waktu-waktu yang ditetapkan syarak.
Contoh3:
Menunaikan haji atau umrah (kali pertama) bagi sekalian mukallaf adalah wajib muwassa' kerana kewajipan itu boleh dilakukan pada musim haji tahun ini atau tahun depan atau tahun berikutnya.
Contoh4:
Mengundi pada musim pilihan raya adalah suatu bentu kesaksian yang wajib mudhayyaq jika ia nyata dilakukan pada musim haji tahun ini atas pertimbangan kewajipan itu hanya datang lima tahun sekali sedangkan kewajipan haji datang pada saban tahun.
Al-hukmu ala al-Fauri & al-hukmu 'ala at-tarakhi
Apabila berhimpun lebih dari dari kewajipan, kedua-dua disiplin hukum ini turut dibincangkan.
Al-Hukmu 'ala al-fauri bermaksud hukum yang bercepatan, manaka hukum 'ala al-tarakhi bermaksud hukum yang berlambatan.
Kondisi A adalah seorang mukallaf mendapat giliran pergi haji pada tahun ini.
Kondisi B adalah sekalian mukallaf berdepan musim pilihan raya pada musim haji tahun ini.
Kondisi A adalah al-hukmu 'ala at-tarakhi jika dibandingkan dengan kondisi B (al-hukmu 'ala al-fauri).
Kondisi A adalah hukum yang bercepatan kerana kewajipannya lima tahun sekali jika dibandingkan dengan kondisi B yang berlambatan kerana ia masih boleh ditunaikan tahun depan atau tiap-tiap tahun mendatang jika kita tidak menunaikannya pada tahun ini.
Mudharat kecil vs Mudharat besar
Katakanlah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada musim haji tahun ini seperti yang diduga oleh semua pihak sekarang, bermakna wujud kemudharatan di sana.
Menangguh dari mengerjakan haji yang mungkin memakan semasa setahun dua tahun giliran dari Tabung Haji adalah satu mudharat pada individu berwajib sahaja.
Jika mukallaf minggal dunia dalam keadaan tidak sempat menunaikan haji sekalipun, kewajipan itu boleh diganti (haji ganti/niyabah). Jumhur ulama kecuali Hanafi membenarkannya.
Tetapi, meninggalkan kewajipan mengundi demi mengerjakan haji adalah satu mudharat yang meliputi ummat kerana kezaliman Umno berpanjangan kerana undi menolaknya minoriti.
Dengan erti kata yang lebih mudah, mudharat tidak mengerjakan haji tidaklah sebesar tidak membuang undi tolak kezaliman Umno BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Kaedah fiqh antara lain menyebut:
"Apabila bertembung dua mafsadah, maka diraikan mudharat yang paling besar dari kedua-duanya dengan melakukan yang paling ringan daripada kedua-duanya" [rujuk Al-Aqmar Al-Mudiah: 123]
Menteri berwajib dan ulama muda Umno kalau jahil fiqh al-Islami sekalipun, janganlah sampai mempolitikkan agama untuk mengelirukan umat di tanah air ini.
ZAINULFAQAR YAACOB
Yayasan an-Nahdhoh, Pmtg Pauh | 2.40 petang
No comments:
Post a Comment