Saya berpendapat sedemikian merujuk pada seorang Khatib di Masjid Simpang Enam berhampiran Komtar semasa berkhutbah antara lain menyebut bahawa Islam melarang penggunaan kalimah Allah ke atas bukan Islam.
Khatib yang tidak diketahui namanya itu turut berpendapat melarang umat Islam mengumpat (ghibah) menggunakan facebook dan media elektronik lain ke atas pemimpin negara (merujuk pada pentadbiran Najib) sebagaimana pasca Bersih 3.0.
Sejurus selepas solat, saya terus meminta penjelasan lanjut mengenai larangan itu. Beliau berkata larangan itu ma'ruf.
Saya tanya, jika larangan itu makruf, bermakna ia bertentangan dengan dalalah nas al-Quran yang soreh lagi sahih yang membenarkannya?
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, nescaya telah diroboh biara-biara dan gereja-gereja Kristian serta rumah ibadat Yahudi (hatta) masjid-masjid yang di dalamnya menyebut nama Allah." (Surah al-Hajj: 40)
Saya bertanya, adakah ghibah larangannya bersifat mutlak?
Tuan Khatib berkenaan mengelak dari menjawabnya.
"Tuan sendiri membaca firman Allah yang bermaksud, 'Sesungguhnya sebahagian sangkaan itu buruk'. Ini bermakna bahawa tidak semua sangkaat hatta ghibah buruk. Contoh: mengumpat seorang yang zalim supaya rakyat menjauhinya; mengumpat seseorang yang didakwa di depan Hakim yang adil. Sila buka bab al-Ghibah dari kita Ihya' Ulumuddin."
Saya meminta untuk saling berkenalan dan mengatur wacana mengenai khutbahnya itu, beliau menolak.
Harap MAIPP tak pandang sambil lewa bila hantar Khatib ke sini.
ZAINULFAQAR YAACOB
0194241583
2.36 petang | Komtar, george Town
No comments:
Post a Comment