02 March 2012

Ulama Kedah sokong Mesyuarat Khas PAS ganti pemimpin seleweng esok

Hasrat PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas kali kedua di Alor Setar bagi menyelesaikan pergolakan dalaman dalam pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak turut menerima sokongan penuh daripada golongan Ulama PAS Kedah dan pusat.

Mesyuarat khas kali pertama malam semalam didedah tidak cukup korum disebabkan Azizan, Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Malaysia) tidak hadir mesyuarat.

Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Tuan Guru Sheikh Mohamad Abdullah berkata, insiatif mengadakan mesyuarat khas esok itu adalah selari dengan tuntutan musyawarah sebagaimana dalam ayat 38 dari Surah al-Shuraa.

Ayat al-Quran itu bermaksud: "Dan segala urusan mereka berlaku dengan perbincangan sesama mereka."

"Dewan Ulamak PAS Kedah dengan ini menyokong penuh dialog antara Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Diraja Ustaz Azizan Razak dan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah, Wakil-Wakil Rakyat PAS Kedah dan Ahli Badan Perhubungan PAS Kedah untuk mendapatkan penjelasan bagi apa sahaja isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini," ujarnya di Harakahdaily.

Dengan sokongan itu, menurut beliau, sekaligus dakwaan pihak tertentu kononnya Dewan Ulamak PAS Kedah menyokong usaha untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Negeri Kedah.

"Dewan Ulamak PAS Kedah sentiasa istiqamah untuk mempertahankan Kerajaan PAS Negeri Kedah bersama-sama dengan ahli dan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)," tegas beliau.

Beliau bagimanapun seakan memberi sesuatu isyarat bahawa Ulamak PAS Kedah turut menyokong penuh sebarang usaha menggantikan mana-mana pemimpin yang sabit dengan penyelewengannya, jika ada.

Kenyataan Abdullah itu dikeluar bersama dengan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib.

Pergolakan dalam pentadbiran Azizan mulai menjadi perhatian apabila beberapa pemimpin kanan PAS di negeri berkenaan menolak dari dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Difahamkan, Mereka berbuat demikian kerana tidak berpuas hari dengan pentadbiran Azizan yang dikaitkan dengan beberapa amalan tidak demokratik serta dikatakan menguntungkan Umno di negeri berkenaan. -END

2 comments:

  1. Hang ni kalau sehari tak menulis tak boleh ka? Patut bila blog wordpress nota merah yang tu digodam, hang insap, Makin menjadi aku nampak hang. Bertaubatlah sebelum berjumpa izrael. Hang belum betui-betui kenal kewarakan Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak lagi? Tok Guru Abdul Hadi Awang pertahan Ustaz Azizan sebab dia tahu Azizan Razak ini amanah dan warak. Wallahu'alam bisawab.

    ReplyDelete
  2. Baguih betui DS Azizan no... Kalau dah baguih kenapa ramai sangat yang tak setuju dgn dia. Kalau 2/3 orang tu tak kesahlah tetapi kalau dah ramai kena tengok jugalah no....

    ReplyDelete

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus