20 March 2012

Sindrom Anak Lambat Bercakap

Gambar hiasan
MENANTI anak kecil pandai memanggi mama atau papa merupakan pengalaman manis bagi pasangan ibu bapa.

Namun, jika anak sudah lewat setahun masih tidak mengeluarkan bunyi ga ga ga, de de de, me me me, mungkin ada yang tidakl kena dengan cahaya mata kita.

Bagaimanakah cara mengenal pasti sindrum anak lambat bercakap?

Menurut Dr Basyariatul Fathi Osman, kebimbangan ibu bapa melihat perkembangan anak-anak sudah memadai.

"Beberapa panduan boleh dijadikan rujukan. Kanak-kanak yang tidak bieleh memanggi 'ma' atau 'abah' dengan bermakna pada hal umurnya sudah meningkat 18 bulan, perlu disiasat.

"Mustahak ibu bapa membawa anaknya yang lambat bercakap mendapat penilaian dengan awal kerana jika dibiarkan berterusan mungkin akan menjejaskan perkembangan pembelajarannya kelak.

"Kebanyakan kanak-kanak yang lambat bercakap dapat dipulehkan dengan ransangan yang sesuai tetapi kadangkala rancangan pemulihan memerlukan cara-cara yang lebih mendalam lagi jika bersangkut paut dengan alasan kurang pendengaran, kerosakan fungsi organ suara dan pertuturan, masalah sukar memahami bahasa dan mungkin masalah perkembangan lain seperti autisme," ujarnya.

Ikuti fakta mengenai Sindrom Kanak-Kanak lambat bercakap:

Pertama, lazimnya kanak-kanak berusia 8 bulan sudah boleh menyuarakan ah, ee, uu dan ga ga, ma ma, na na.

KEDUA, anak juga pada usia 12 bulan (setahun) lazimnya pandai memanggil mama atau abah.

KETIGA, pada usia dua tahun, lazimnya kanak-kanak boleh menghasilkan dua perkataan seperti na maman yang membawa maksud "nak makan".

Pada usia tiga tahun, lazimnya mereka boleh menyuarakan kemahuan walaupun dalam bunyi pelat seperti boi na matan nacik yang bermaksud "boy nak makan nasik".

Tidak rugi membawa anak-anak lambat bercakap bertemu pakar kerana setiap mereka mempunyai banyak keistimewaan yang perlu kita terokai bersama

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus