Pengarah NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram); Cynthia Gabriel berkata pihaknya percaya Razak Baginda akan diminta memberi keterangan di kandang saksi kelak.
"Razak adalah saksi yang sangat penting kerana terlibat (secara) langsung dalam urusan pembelian," ujar Cynthia.
Nama Razak Baginda dibangkitkan di Parlimen pada tahun 2002 berhubung pembelian Scorpene dalam satu perjanjian bernilai USD 800 juta.
Urus niaga yang dibuat secara tender tertutup melalui Perimekar membabitkan pembelian dua kapal Scorpene dan satu kapal selam terpakai, Agosta hasil kerjasama kerajaan Perancis-Sepanyol.
Perimekar memiliki sumsidiari iaitu Ombak Laut yang dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda.
Sejak nama Razak Baginda menjadi perhatian, Najib Razakl yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan turut dikaitkan dengan skandal rasuah berupa komisyen yang dihitung bernilai puluhan juta ringgit.
Tambah Cynthia lagi, keluarga mendiang Altantuyaa Sharibuu (gadis Mongolia) turut akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung skandal rasuah terbabit.
"Keluarga Altantuyaa juga akan dipanggil kerana mendiang adalah penterjemah urus niaga itu," ujarnya.
Sepupu Altantuyaa, Namiraa Gerelmaa pernah tampil di Mahkamah Shah Alam dalam perbicaraan kes pengeboman Altantuya bermula 4 Jun 2007 dan berakhir pada 9 April 2009.
Pembunuhan Altantuya, menurut beberapa sesawang mesra pembangkang, dikaitkan dengan keluarga Najib Razak.
Perkembangan terbaru mengenai bicara kes skandal Scorpene di Mahkamah Perancis dijangka akan terus menjentik perasaan pihak yang terbabit serta mungkin memetakan lanskap politik di PRU13 nanti. -END
No comments:
Post a Comment