20 March 2012

Sanusi terus diam, Pemuda Kedah akui wujud "pihak ketiga"


SETIAUSAHA Politik kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor (kiri) masih berdiam diri sungguhpun sumber dalaman Pemuda PAS Kedah telahpun mengakui bahawa pihaknya mahukan dua pemimpin kanannya – Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh – berundur daripada kepimpinan PAS negeri sebagai timbalan pesuruhjaya I dan II negeri itu, kata seorang pemimpin kanannya.

Sanusi yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah mungkin tahu siapakah dalang di sebalik semua ini, lapor PenangInsight.com.

Ketua pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya yang khabarnya dipinang menjadi calon di Dun Tokai dalam pilihan raya umum ke-13 pun mungkin tahu siapakah dalang yang giat menentang pemimpin PAS yang berbeza pendapat dengan Menteri Besar kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Menurut laporan Malaysiakini.com, sumber yang enggan dikenali itu bagaimanapun berkata, tiada dalang yang bertindak sebagai perantara untuk tujuan itu, seperti yang didakwa Phahrolrazi.
"Pemuda bukan bodoh. Tiada siapa yang suruh Pemuda. Ingat kita tak tahu ke apa yang mereka (Phahrolrazi (kiri) dan Ismail) buat.

"Dari awal lagi Pemuda cadang supaya timbalan pesuruhjaya I dan II digugurkan. Ini adalah pendirian Pemuda. Pemuda bukan sebodoh dan sehina itu nak disuruh-suruh.

"Tiba-tiba ada pula kenyataan yang kata ada dalang hasut. Hebat sangat ke dalang tu sampai nak hasut kita?" kata sumber dalaman itu lagi.

Berita Harian semalam melaporkan Phahrolrazi sebagai mendakwa, Pemuda PAS Kedah didalangi pihak ketiga untuk menggulingkannya dan Ismail melalui usul merombak badan perhubungan negeri yang dibawa oleh ketuanya Ahmad Yahya.

'Takkan semua dewan bodoh?'

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, sumber yang sama berkata cadangan itu bukan semata-mata daripada dewan itu tetapi dibuat atas keinginan semua ahli daripada akar umbi.

"Kalau dewan Pemuda usul dan disokong pula oleh dewan Muslimat dan lain-lain, takkan orang lain pun turut bodoh?

NONE"Bila semua sokong maknanya orang nak dia (Phahrolrazi) berundur. Dia kena baca kehendak parti sebab orang semua tahu dia 'mencederakan' parti. Saya memang sangat marah dengan mereka," kata sumber itu lagi.

Tindakan Phahrolrazi dan Ismail sebelum ini yang pada mulanya enggan menerima pelantikan mereka sebagai exco kerajaan negeri telah “merencatkan” parti Islam itu.

Selain itu, sumber juga menjelaskan, apa yang dituntut mereka hanya rombakan yang didakwa selari dengan strategi bagi menghadapi pilihan raya umum dan bukan memecat Phahrolrazi dan Ismail.

"Kita nak susun semula pentadbiran PAS Kedah. Nak susun siapa yang layak dan berkeupayaan untuk terajui parti bukan kita suruh pecat dia,” katanya lagi.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, Pemuda PAS menghormati keputusan pesuruhjayanya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang enggan menerima usul rombakan itu.

4 comments:

  1. pemuda PAS kedah (baru)March 20, 2012 at 11:02 AM

    pemuda pas bangang! ini ke parti islam? belum ke putrajaya. perangai dah macam lahanat

    ReplyDelete
  2. pemuda PAS kedah (baru)March 20, 2012 at 11:05 AM

    http://2.bp.blogspot.com/_crPBCZok0RE/ScTwG8QYxyI/AAAAAAAAAq4/PnPFYht5sCg/s400/a383_s1.jpg



    nah amik pemuda pas kedah makan taik

    ReplyDelete
  3. Setiausaha Politik SanusiMarch 20, 2012 at 11:07 AM

    binatang mana yang duk kata pemuda pas kedah yang baru. ni mesti geng2 parasit. saya mintak tarik balik....

    ReplyDelete
  4. Bukan semua pemuda PAS bangang. Di Kawasan, masih ramai yang ikhlas. Elok tak payah tuduh orang lain kalau ya pun Sanusi memang macam tu....

    ReplyDelete

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus