03 March 2012

RM500 pusat hutang, sumbangan P.Pinang hasil lebihan kewangan - Mansor

SUMBANGAN langsung yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada rakyat di negeri berkenaan adalah berbeza dengan sumbangan RM500 diumumkan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional pusat.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman berkata, sumbangan oleh kerajaan negeri adalah hasil dari lebihan kewangan manakala sumbangan oleh kerajaan pusat adalah hasil hutang.

"Bila menjelajah, sambil buat janji dan sambil tabur wang. Selepas 50 tahun, baru nak beri RM500 kepada rakyat . Itu pun selepas kita (Pakatan Rakyat) memulakannya di Pulau Pinang dan negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

"RM500 yang diberikan (adalah) hasil duit hutang sebab bajet negara difesit. Berbeza kita di Pulau Pinang, kira beri hasil dari lebihan kewangan," ujarnya di Dataran Rakyat dekat Taman Guar Perahu, Penanti.

Beliau berkata, rakyat sepatutnya menerima lebih banyak sumbangan bukan sekadar RM500 one-off daripada kerajaan pusat.

Ini kerana katanya, amalan rasuah serta penyelewengan kuasa oleh beberapa pemimpin tertinggi Umno Barisan Nasional mengakibatkan ketirisan serta kepincangan urus kewangan di negara ini.

Beliau turut menyarakan rasa tidak setuju dengan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya tidak memberi keuntingan kepada kakitangan awam terbanyak di negara ini.

"Kalau boleh bagi lebih lagi, bagi RM1,000 supaya kakitangan awam rendah boleh nikmati gaji yang setimpal.

"Berbeza dengan kita, kakitangan MPPP dan MPSP yang bantu rakyat cuci longkang dan lain kita beri imbuhan RM300," ujarnya sambil meramalkan pilihan raya paling awal Mei ini.

Ceramah Umum malam ini dianjurkan oleh Wanita Keadilan Pulau Pinang, merupakan salah satu program Konvensyen Wanita PKR Pulau Pinang selama sehari sejak pagi tadi.

Turut berucap, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Norhayati Jaafar, Aiman Athirah al-Jundi (Ketua Penerangan Muslimat Malaysia) dan Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang merangkap Setiausaha Agung PKR).

Berita lanjut menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus