05 March 2012

Ralat Buletin TV3 cuba selamatkan debat Najib-Anwar

RALAT Buletin TV3 malam tadi antara lain menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk berbincang dengan mana-mana ahli politik dalam isu mengenai kepentingan negara, bukannya berdebat seperti yang dilaporkan pada deti awal siaran rancangan itu.

Ralat itu menimbulkan pelbagai tanda tanya, mungkin bertujuan untuk mengelak cabaran debat mengenai polisi negara oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pun begitu, lain pula laporan Malaysiakini:

"Jika saya tidak boleh menerima hakikat ini, maknanya saya telah buat pilihan kerjaya yang salah.

"Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah," katanya dalam entri terbaru bertajuk 'Kebenaran Mengenai Malaysia' dalam blog beliau di www.1malaysia.com.my.

Bagaimanapun, Najib berkata ada satu garis di mana perdebatan demokratik berakhir dan digantikan pula dengan penyalahgunaan, penipuan dan penyalahgambaran.

"Mereka yang serius mengenai masa depan negara kita harus cuba untuk tidak menyeberangi garisan ini," katanya.

1MALAYSIA PENAKUT!

1 comment:

  1. Letupan di Tak Bai Ragut 1 Nyawa

    BULETIN TV3 (5/3/2012) - Satu letupan menggegarkan Tak Bai berhampiran sempadan Pengkalan Kubur, mengorbankan satu nyawa.

    Seorang rakyat Malaysia serta empat anggota tentera, antara tujuh yang cedera dalam insiden itu.

    Sasaran serangan ialah tentera yang sedang berehat berhampiran Pangkalan Perahu.

    Bom seberat lima kilogram dikatakan digunakan dalam serangan jam 10:30 pagi tadi waktu tempatan.

    Ia diletupkan menggunakan `walkie-talkie'.

    Rakyat Malaysia yang cedera dikenalpasti sebagai Fauzi Awan, 40 tahun, dari Pengkalan Kubor.

    Fauzi cedera ringan di lengan dan telahpun pulang ke Pengkalan Kubor setelah menerima rawatan di Hospital Tak Bai.

    Jurucakap polis thai berkata, bom disembunyikan dalam pasu yang terletak di tebing sungai kawasan pasar berkenaan.

    Serangan dipercayai didalangi puak pemisah selatan.

    http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Letupan_di_Tak_Bai_Ragut_1_Nyawa.html

    ReplyDelete

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus