05 March 2012

Provokasi: P.Pinang desak Menteri KDN, Polis tingkat keselamatan

MENTERi Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein didesak memberi jaminan keselamatan ke atas Y.A.B Tuan Lim Guan Eng gara-gara Ketua Menteri Pulau Pinang itu menerima ancaman sekumpulan pemuda Umno dan perkasa pada Himpunan Hijau 2.0 anti Lynas baru-baru ini.

[Kapsyen: Tze Tzin tunjuk gambar 'bangkai ayam berdarah'.]

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman berkata, desakan tersebut adalah hasil mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK).

Beliau turut mendesak polis supaya memberi jaminan keselamatan serta perlindungan kepada dua wartawan akhbar harian Kwong Wah Jit Poh yang turut menerima serangan dalam insiden yang sama.

Tapak tangan Adam Chew (baju hijau) atau Chew Seng Tung, 29, menerima lapan jahitan manakala kepala Lee Hong Chun, 25, menerima hentakan topi keledar.

Disebabkan itu, beliau menolak dakwaan pembangkang kononnya provokasi itu dicetuskan oleh Guan Eng sendiri.

"Perusuh-perusuh telahpun memukul orang (awam) sebelum Y.A.B Ketua Menteri sampai," ujarnya pada satu sidang media di Komtar, di sini.

Sidang media itu turut dihadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengerusi Lalulintas, Chow Kon Yeow, Abdul Malik Kassim (Pengerusi Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan Sim Tze Tzin (ADUN Pantai Jerejak).

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap polis yang bertugas di tempat kejadian kerana langsung tidak menghalang beberapa provokasi tersebut.

Selain menerima ancaman menggunakan kasut oleh salah seorang pemuda liar terbabit, Guan Eng turut menerima amaran verbal yang berbunyi "you jaga".

Manakala kereta beliau pula menerima serangan fizikal dan ludah.

Dalam perkembangan berkaitan, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari kemudian turut menerima 'bangkai ayam berdarah'.

Himpunan Hijau 2.0 dicetuskan serta dianjurkan di seluruh negara sebagai protes pada langkah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan operasi kilang nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang.

Perhimpunan aman 1,000 rakyat anti Lynas di Padang Kota, George Town adalah anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Pulau Pinang.  - END


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus