iLTIZAM politik Dr Yusof al-Qardhawi menyatukan semula Hamas dan Fattah
bagi membawa misi keamanan di wilayah bergolak Gaza, Palestin baru-baru ini
mungkin mengakibatkan ulama terkemuka dunia itu ditangkap lalu
dipenjara.
Beberapa akhbar di Dubai hari ini melaporkan, Ketua Polis di negara itu
telahpun meminta bantuan polis antarabangsa INTERPOL untuk mereman
al-Qardhawi.
Al-Qardhawi dipercayai masih di kediaman peribadinya di Qatar.
Laporan pembaca Nota Kecil dari Dubai mendedahkan, arahan menangkap
al-Qardhawi itu kemungkinan didalangi oleh jabatan perisikan Israel
bernama Sindbad.
Ini kerana, perjanjian persefahaman Fatah dan Hamas yang dimeterai di
rumah al-Qardhawi dekat Qatar memberi tekanan yang lebih kuat pada
hubungan luar Israel di rantau Arab.
Peristiwa itu turut disaksikan oleh pemimpin demokrat ulung Palestin, Khaled Mashaal (Ketua Biro Politik Hamas).
Tidak mungkin Israel menarik ketenteraannya dan menerima proses
demokrasi yang ditawarkan oleh Palestin, sehingga membawa penguncupan
kuasa politik Zionis disebabkan komposisi rakyat Israel lebih kecil
berbanding rakyat Palestin.
Putrajaya setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang reaksi
sungguhpun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak acap
kali didedah mempunyai hubungan perdagangan dengan negara haram Israel
sebelum ini.
Sekiranya tangkapan bermotif politik dikenakan ke atas al-Qardhawi,
dijangka memberi kesan berantai kepada Pakatan Rakyat di negara ini.
Ini kerana, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) antara pemimpin ulung
Malaysia yang dijemput hadir di kediaman al-Qardhawi bagi menyaksikan
perjanjian persefahaman antara Hamas dan Fatah.
Media Barat menggambarkan Anwar senada dengan al-Qardhawi menyokong
proses keamanan untuk umat Islam di wilayah bergolak Palestin manakala
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta pertadbiran Najib
mengfitnah Anwar mesra Israel dan Amerika Syarikat. -END
No comments:
Post a Comment