02 March 2012

PAS perlu 1 lagi mesyuarat khas selesai isu Kedah sebab...

PAS Pusat mengambil keputusan untuk mengadakan satu lagi mesyuarat khas Sabtu ini gara-gara mesyuarat malam tadi dikatakan tidak cukup korum.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Malaysia) dilaporkan tidak hadir dalam mesyuarat tersebut.

Azizan kali kedua tidak hadir. Kali pertama, beliau mengutuskan Setiausaha Politiknya (Sanusi) sebagai wakil ketika diminta oleh PAS Pusat bagi memberi penjelasan sebenar mengenai isu  "KUiN 5".

Pun begitu, Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah yang dikatakan melanggar keputusan syura PAS Kawasan Kuala Kedah dengan menerima perlantikan semula sebagai exco kerajaan negeri hadir dalam mesyuarat khas malam tadi.

Timbalan Presidennya Tuan Haji Mohamad Sabu yang mempengerusikan mesyuarat tersebut memberitahu media, mesyuarat khas seterusnya akan diadakan di Alor Setar, Kedah.

Selain Azizan, timbalannya Datuk Phahrolrazi Zawawi yang menolak lamaran dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah turut dijemput ke mesyuarat khas yang lebih dikenali sebagai "pertemuan mahabah" akan datang.

Adun Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh yang enggan mengangkat sumpah menyambung menjadi exco turut dijemput hadir dalam pertemuan tersebut.

Abdul Hadi, Tuan Ibrahim serta pesuruhjaya PAS negeri-negeri dikatakan akan hadir dalam mesyuarat khas akan datang yang dijadualkan bermula 9 malam.

Walaupun tanpa kehadiran pemimpin-pemimpin utama berkenaan, Mohamad bagaimanapun berkata, mesyuarat lebih tiga jam di pejabat agung PAS malam tadi berlangsung dengan "penuh harmoni dan mesra".

"PAS Pusat akan turun ke Kedah untuk berdialog dengan (Badan) Perhubungan PAS, ADUN-ADUN, Dewan Ulama dan Dewan Pemuda.

"Kita akan semua pandangan dan Insya-Allah penyelesaian yang baik, sedang diatur oleh kami," kata Mohamad.

Sidang akhbar malam tadi turut disertai oleh Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS).

"Kita akan adakan pertemuan mahabah di antara kedua-dua belah pihak, antara YB Ustaz Azizan dan pihak YB Datuk Phahrolrazi untuk menyelesaikan masalah ini.

"Pada malam ini, kita bersetuju, apa perkara yang akan dibincangkan, insya-Allah kita akan bincang pada Sabtu malam Ahad ini di Alor Setar," kata Salahuddin.

Nota Kecil cuba mendapatkan maklum balas langsung sejurus selesai mesyuarat malam tadi.

Ini, sistem pesanan ringkas (SMS) AJK PAS Pusat berkenaan:
"Dapat pahala ke terus dgn PAS? Presiden sokong the rotten Azizan, lepas tu dia pergi makan angin dekat Vienna (Austria). Dulu dlm praya bagan pinang, dia pergi memancing di maldives.. Lim Kit Siang sampai pengsan berkempen dlm pilihanraya kecil di sarawak dulu.. Orang demo kes lynas di kuantan, pj pahang (Ustaz) juga makan angin di vienna.. Ya Allah, sampai bila aku nak menipu rakyat ni."
Semoga Allah memberi keberkatan kepada jamaah Islam PAS dengan doa-doa ahli-ahli PAS dari kalangan faqir miskin dan mustad'afin di negara yang bertuah ini.

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya." (Surah al-Maidah: 48)

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus