07 March 2012

Najib tak suka rakyat pilih revolusi

Datuk Seri Najib Tun Razak seakan menasihatkan rakyat supaya tidak melaksanakan kegiatan bersifat revolusi sungguhpun kerajaan pusat yang diteru Barisan Nasional dan Umno kian didedah melakukan penyelewengan, kezaliman dan salah guna kuasa.

Perdana Menteri itu berjanji untuk mewujudkan ruang perbincangan politik yang lebih luas di negara ini demi memupuk semula keyakinan rakyat mengenai Program Tranformasi Kerajaan (GDP) yang diperkenalkannya.

Beliau bagaimanapun tidak pula memberi respons mengenai cabaran debat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai polisi masa depan rakyat di negara ini.

"Natijahnya rakyatlah yang akan menentukan masa hadapan negara. Itulah erti sebenar kebebasan daripada penguasaan penjajah, itulah yang kita pertahankan sejak mula Merdeka dan sewajarnya kita semua berbangga memiliki sebuah Malaysia yang ditentukan oleh rakyatnya," dalih beliau.

Najib berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk '1Malaysia Adalah Satu Komitmen Terhadap Transformasi' dalam blog beliau di www.1malaysia.com.my.

Beliau turut memberi alasan berhubung beberapa protes yang dilakukan oleh rakyat sejak beliau dilantik ke kerusi perdana menteri merangkap menteri kewangan I.

"Saya faham mengapa ada kegusaran pada mereka; terdapat banyak lagi ketidakseimbangan sejarah dalam masyarakat kita yang masih perlu ditangani, dan ini akan kita lakukan.

"Namun kita juga perlu menampilkan pendekatan yang dapat menggalakkan mereka yang boleh menyumbang kepada Malaysia untuk kekal di sini dan kita juga perlu mengakui bahawa penglibatan yang lebih meluas dalam ekonomi tidak akan dengan sendirinya menyelesaikan masalah kemiskinan di akar umbi."

Perkembangan terbaru itu sekaligus memperlihatkan pentadbiran Najib kian panik dengan amarah rakyat di pilihan raya umum ke-13 kelak.


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus