TAN Sri Muhyiddin Yasin terus berdalih kononnya beberapa kerusi parlimen dan Dun di Johor yang dikatakan menjadi kubu kuat BN Umno tidak akan tumbang pada pilihan raya umum ke-13 nanti sungguhpun menerima saingan kuat daripada pembangkang Pakatan Rakyat di negeri berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri itu percaya sentimen pengundi johor kekal menyokong Umno walaupun pelbagai kes penyelewengan dan rasuah didedah serta dikaitkan dengan parti perkauman tersebut.
"Saya berpuas hati dengan persiapan (yang) dilakukan di Johor namun kita tidak boleh leka.
"Kita mohon setiap bahagian Umno dan BN supaya memberi tumpuan kepada kawasan masing-masing dan perkemas jentera serta perpaduan anggota," ujarnya di Kulaijaya yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno turut berdalih bahawa beliau yakin pengundi masih boleh menerima Umno Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
"Kita (Umno BN) yakin mereka (pengundi) faham apabila membuat keputusan (mengundi), katanya.
Ucapan Muhyiddin itu seakan menyerlahkan kebimbangannya mengenai dominasi Pakatan Rakyat di negeri jolokan 'kubu kat Umno' tersebut. -END
No comments:
Post a Comment