[Kapsyen: Tersenyum Muhyiddin (bersongkok, kanan) bersama-sama Penasihat DAP Lim Kit Siang (tengah) dan Guan Eng]
Timbalan Perdana Menteri Malaysia berdalih, Malaysia kononnya dikenali sebagai negara paling selamat di Asia.
Indeks Keamanan Global (GPI) tahun lepas sebenarnya mendedahkan Malaysia berada di tangga ke-19 daripada 153 negara-negara paling selamat di dunia.
"Hasilnya, komuniti antarabangsa semakin yakin untuk melabur di negara ini dan ia menyumbang kepada pelaburan asing berjumlah RM33 bilion pada tahun lalu, mengatasi jumlah pelaburan RM29 bilion yang dicapai sebelum kekangan ekonomi dunia 2007.
"Rekod prestasi negara-negara maju menunjukkan pusat bandar membentuk nadi kepada sesuatu ekonomi berpendapatan tinggi," katanya semasa merasmikan Program Bandar Selamat Negeri Johor 2012 di pekarangan bangunan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) semalam, di Kuala Lumpur.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas insiden terbaru sekumpulan pemuda Umno dan Perkasa menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua wartawan akhbar Khowng Wah Jit Poh di Padang Kota, George Town pada 26 Februari lepas. -END
No comments:
Post a Comment