05 March 2012

Letupan Tak Bai perang saraf tumbangkan PAS di Kelantan?

MENJELANG pilihan raya umum 2004, Malaysia menyaksikan insiden letupan di Tak Bai dekat Thailand yang membabitkan orang awam.

Insiden di Tak Bai itu digambarkan sebagai kes keganasan serta dikaitkan dengan puak pemisah di Selatan Thai.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyandang Menteri Pertahanan ketika itu mengarahkan semua yang mempunyai dua kad pengenalan ditangkap untuk mengesan grup pengganas.

Negeri Kelantan yang berjiranan dengan Thai menjadi perhatian kerajaan pusat.
Pelbagai kemungkinan di sebalik kenyataan Najib itu.

Mungkin Najib benar-benar mahu membuat cegah rintang keganasan supaya insiden seperti di Tak Bai tidak melimpah masuk ke negara ini melalui pintu masuk Kelantan.

Jika benar kemungkinan itu sekalipun, apa kena-mengenainya dengan isu arahan menangka sesiapapun yang mempunyai dua kad pengenalan seperti yang diucapkan oleh Najib?

Adakah Najib sendiri tahu bahawa kerajaan pusat mencetak kad pengenalan untuk warganegara di Selatan
Thai sebelum ini demi merampas semula Kelantan dari genggaman PAS?

Tidak mungkin kerajaan PAS melakukan konspirasi memberi kad pengenalan pendua kepada warga Selatan-Thai kerana konspirasi itu hanya boleh dilakukan oleh kerajaan pusat melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan partisipasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sama ada benar atau sebaliknya, mungkin Najib ada jawapannya. Takkan Najib bercakap secara semberono tanpa informasi perisikan tentera di sempadan Thai-Kelantan?

Jika benar kemungkinan itu, mungkin informasi ketenteraan negara telah memberitahu Najib bahawa salah satu punca kejayaan PAS kekal mempertahankan kemenangan di Kelantan adalah hasil sokongan Melayu-Thai terhadap pentadbiran Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Najib seakan tidak mempunyai banyak pilihan kecuali mengumumkan untuk menangkap sesiapa sahaja yang mempunyai dua kad pengenalan.

Dengan berbuat sedemikian, sedikit banyaknya mendorong Melayu Selatan-Thai yang mempunyai dua kad pengenalan (kad pengenalan Thai dan Malaysia) untuk berkunjung ke Kelantan menjelang pilihan raya umum 2004.

Konspirasi memberi kad pengenalan pendua kepada rakyat Selatan-Thai bagi menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan nampaknya seakan menjadi peluru hidup yang menyerodok kepala politik Umno sendiri pada saban pilihan raya umum.

Umno membawa 'pengundi hantu' tetapi mereka rugi dengan konspirasi itu jika tidak dicegahrintangkan.
Kenyataan Najib telah membawa Barisan Nasional khususnya Umno hampir menguasai negeri jolokan 'Serambi Makkah' itu.

PAS menang dengan majoriti tipis sahaja dalam pilihan raya umum 2004.

Buletin TV3 malam tadi melaporkan sekali lagi insiden letupan di Tak Bai. Insiden yang disifatkan kes terorist itu dilaporkan membabitkan warganegara Malaysia.

Mungkin skrip lama akan berulang. UMNO tidak mungkin pasrah melihat PAS terus memikul amanah rakyat dalam Kerajaan Negeri Kelantan dalam pilihan raya umum kali ini.

Semoga Allah melindungi cita-cita Islam yang dijunjung PAS di Kelantan dan Malaysia.

Semoga Allah menghancurkan pakatan tidak demokratik yang direncana oleh Umno Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13 ini. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus