Skip to main content

Heret Umno BN jika Pakatan kuasai Putrajaya

PAKATAN Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat seluruh pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin Umno Barisan Nasional jika rakyat bersedia memberi mandat di pilihan raya umum ke-13 kelak.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, komitmen itu demi menyelematan sebanyak mungkin wang rakyat yang dirompak sehinga sekarang oleh pemimpin parti-parti pemerintah.
“Skandal PKFZ misalnya, ia melibatkan pembaziran wang rakyat RM14 bilion dan yang terbaru penyelesaian di luar mahkamah bagi kes hutang kroni Umno, Tajudin Ramli terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Skandal besar seumpama ini mesti ada pihak yang bertanggungjawab dan sebab itu perlunya suruhanjaya bagi menyiasatnya,” katanya di Warta Jingga.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata demikian sebagai mengulas ucapannya di Sungai Petani pada Sabtu lepas.

Beliau berkata, tidak seorang pun yang didakwa bersalah akan terkecuali jika Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan pusat yang baru kelak.

Pakatan, menurut beliau turut akan menggerakkan semula rancangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPSMS) bagi mereformasi institusi kepolisan tanah air.

“Skandal NFC juga tidak akan terlepas kerana wang rakyat turut dibazirkan keluarga pemimpin Umno dengan menggunakan dana awam RM250 juta itu.

“Malah rakyat yang juga pembayar cukai sangat berharap wang mereka dikembalikan ekoran salah guna keluarga menteri dalam projek ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai sandiwara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf kepada rakyat atas ketelanjuran pemimpin Umno Barisan Nasional dahulu dalam mentadbira negara ini.

“Dalam konteks ucapan Najib di Kedah misalnya, kenyataan beliau itu seolah menggambarkan kegagalan selama ini di bahu Menteri Besar BN.

“Sepatutnya Najib mengakui salah beliau, kerana beliau adalah menteri Umno sejak puluhan tahun, malah Najib kini mewarisi sistem Umno yang mengekalkan rasuah dalam pentadbirannya dan Najib sudah menjadi PM hampir tiga tahun,” ujarnya.

Komitmen Pakatan Rakyat itu dijangka akan terus melonjak momentum rakyat terbanyak menolak amalan rasuah dan penyelewengan Umno Barisan Nasional di pilihan raya umum yang diramalkan paling dekat Mei ini. -END


IKLAN