18 March 2012

Hari Wanita P.Pinang aman tanpa provokasi Umno, Perkasa

Kira-kira 300 rakyat Pulau Pinang pelbagai gender petang ini meraikan Hari Wanita di Padang Kota dekat George Town tanpa provokasi liar pemuda Umno dan Perkasa.

Rata-rata mereka memakai baju T serba unggu sambil melaungkan slogan "Wanita Suara Perubahan".

Itu, tidak termasuk penyertaan lebih 50 Pasukan Peronda Sukarela yang berpakaian jaket unggu.

Himpunan itu dianjurkan oleh NGO Persatuan Untuk Tadbir Urus dan Kesaksamaan Gender (3Gs).

Exco Pembangunan Wanita Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ong Kook Fooi dan Ng Wai Aik (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang) antara pemimpin utama yang hadir.

Turut hadir, wakil Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang, Cik Anisah. Exco Pemuda PAS Pulau Pinang, Dzulfahmi Abu Bakar turut hadir.

Mahasiswi DEMA USM paling menonjol dalam perayaan feminisme itu.

Kook Fooi ketika berucap menyeru rakyat, khususnya wanita menjadi agen perubahan dengan menolak politik rasuah Umno Barisan Nasional.

"Kami nak menghentikan penganiayaan ke atas wanita dan kanak-kanak," ujarnya.

Berita lanjut menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus