20 March 2012

Guan Eng rakam takziah pemergian Timbalan OCPD George Town

KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng hari ini merakamkan takziah atas pemergian Timbalan OCPD George Town, Allahyarham Supt Ahmad Bakhtiar Kassim, lapor PenangInsight.com.

Bagi beliau, arwah merupakan seorang yang dedikasi dan amat dihormati sepanjang menjalankan tugas di Pulau Pinang.

"Saya dengan penuh dukacita ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham...yang telah meninggal dunia secara mengejut petang semalam.

"Sesungguhnya negara kita telah kehilangan seorang pegawai polis yang berani dan benar. Saya akan selalu mengingati dan menghargai jasanya yang tidak terhingga," ujar beliau, di George Town.

Allahyarham, 54 tahun dilaporkan terjatuh selepas bermain badminton bersama-sama rakan, di sini.

Allayarham Ahmad Bakhtiar, yang telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 20 tahun, meninggalkan seorang isteri dan tiga anak lelaki.

Jenazah allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah untuk disemadikan hari ini. -END


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus