PenangInsight.com melaporkan, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mendesak siasatan khusus dibuat ke atas Pengarah Urusan Khazanah Bhd (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar.
Menurut beliau, penggabungan itu harus dibatalkan kerana didakwa tidak memberi keuntungan kepada rakyat, malah merugikan kerajaan pusat.
"Saya mahu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) segera ambil tindakan terhadap Tan Sri Azman kerana dilihat cuba meraih keuntungan.
"Khazanan pun gantilah pengarah baru, sudah terlampau lama Azman Mohhtar ini mentadbir. Dia banyak membuat pelaburan di sana sini, tetapi membawa kerugian.
"Rugi (MAS) kerajaan tanggung. Untung, dia kaya-raya," ujarnya semalam ketika membahaskan usul titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
Difahamkan, kenyataannya itu seakan cuba melindungi Azman apabila dicadangkan seorang calon lain menggantikan Pengarah Urusan MAS itu.
Beliau bagaimanapun tidak pula mengulas mengenai Pengerusi MAS Tan Sri Tajuddin Ramli yang didakwa menggelapkan RM8 bilion dana syarikat penerbangan nasional itu.
Radin turut tidak menyentuh mengenai kerugian MAS sebanyak RM2:52 bilion tahun lepas yang dikaitkan dengan Datuk Idris Jala, bekas CEO MAS merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Kerugian MAS bagi tahun 2009 dan 2010 masing-masing adalah sebanyak RM490 juta dan RM234 juta sebelum didedah rugi sebanyak RM2.52 bilion.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak setakat ini langsung tidak mengemukakan pelan menyelesaikan masalah kerugian MAS dalam Program Tanformasi Kerajaan (GTP) yang dicanang-canangkannya bagi mengelirukan rakyat. -END
No comments:
Post a Comment