20 March 2012

AUKU: Umno BN dibenarkan merayu di Mahkamah Persekutuan

KERAJAAN Umno BN pusat hari ini dibenarkan merayu di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya berhubung perintah yang mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diputuskan tidak sah di sisi perlembagaan sebelum ini.

Kebenaran itu sekaligus seolah-olah melorongkan semula pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kembali mencengkam gerakan mahasiswa khususnya berhaluan kiri untuk bergiat dalam arena politik sempena pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan kian dekat.

Sehingga 12.30 tengah hari tadi, ketetapan Mahkamah Tinggi itu masih belum menerima reaksi pemimpin mahasiswa, khususnya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang sebelum ini dilihat paling lantang menentang akta draconion tersebut.

31 Oktober tahun lepas, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang mahasiswa menzahirkan sokongan atau bangkangan dalam kegiatan politik kepartian sebagai tidak sah.

Syeksyen berkenaan menyatakan, tiada seorang pun pelajar Universiti boleh menyatakan atau melakukan apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar negara.

Keputusan oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Low Hop Bing dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lepas.

Mahkamah dengan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2010 yang memutuskan bahawa seksyen berkenaan adalah tidak melanggar Pelembagaan; selepas menolak saman pemula keempat-empat aktivis mahasiswa terbabit.

Mereka, Muhammad Hilman Idham, 22; Woon King Chai, 23; Muhammad Ismail Aminuddin, 23; dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, 23.

Mereka ditahan polis ketika berkempen di Parlimen Hulu Selangor sebelum diheret ke lembaga disiplin UKM pada 4 Julai tahun lepas. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus