08 March 2012

Anwar, 2 pemimpin Hamas jelajah dakwah di P.Pinang malam ini

JELAJAH DAKWAH dan penjelasan isu pergolakan Gaza, Palestin di Pulau Pinang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim turut diserta dua wakil Hamas sungguhpun pemimpin Umno mengfitnah Ketua Pembangkang itu kononnya mesra Israel serta Amerika Syarikat.

Mereka, Bro Muhammad As-Sabah, seorang pemimpin Hamas yang pernah ditahan di tirani Israel selama 8 tahun dan Bro Mustafa Toib, lapor Sharpshooter.

Kedua-dua mereka diterbangkan dari Gaza, Palestin ke negara ini ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didedah mengadakan hubungan perdagangan dengan negara haram Israel.
Jelajah dakwah itu bermula dengan solat Maghrib secara berjamaah di Surau Al-Mukminun dekat Kota Giam, Jelutong.

Kemudiannya, Anwar bersama dua pemimpin Hamas itu akan menyertai majlis makan malam di Bangunan Lip Sin, Lebih Pekaka 1, Sungai Dua, Gelugor (belakang restoran Subaidah).

Ceramah perdana mengenai isu Palestin oleh wakil Hamas bermula jam 9.00 malam di Markaz PAS Pingsu Seribu dekat Parlimen Kepala Batas.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap Pengerusi PKR Negeri, Datuk Mansor Haji Othman dijadualkan turut menyertai jelajah dakwah tersebut.

Anwar dijangka mendedahkan satu lagi skandal terbaru mengenai Malaysia dengan Israel yang dikaitkan dengan keluarga Najib.

Semua rakyat sama ada muslim atau non-muslim dijemput hadir atas nama kemanusia bagi menolak kezaliman Israel dan Umno.


IKLAN




No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus