Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia, Aiman Athirah al-Jundi berkata, Hasan sebenarnya cuba menakut-nakutkan rakyat khususnya Melayu dengan propaganda 3R yang dicipta oleh Umno sendiri.
3R yang dimaksudkan adalah Royal (Raja),Religion (Agama), Race (bangsa Melayu).
"Inilah propaganda jahat Umno sejak mereka tewas di beberapa negeri sejak (Mac) 2008, 3R. Sebelum pendiri 'beras' Jati (Dr Hasan Mohamad Ali) nak isytihar keluar parti, bukankah 3R ini propaganda jahat Umno," ujarnya di Dataran Rakyat dekat Taman Guar Perahu, Penanti.
Beliau berkata Hasan hipokrit kerana tidak berani menegur pentadbiran Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didedah mempunyai hubungan perdagangan secara langsung dengan negara haram Israel.
Beliau bagaimanapun berkata, anti Dr Hasan dan anti pentadbiran Najib tidak wajar mendorong rakyat memusuhi akar umbi Umno yang tidak mengamalkan rasuah atau penyelewengan kuasa.
"Kita tak benci orang-orang Umno. Kita sayang Umno nak mereka menyokong kita di PRU13.
"Yang kita benci adalah pemimpin-pemimpin rakus Umno. Sebab itu, saya merayu seluruh rakyat termasuk penyokong Umno sokong cita-cita perubahan yang ditawarkan oleh Tawaran Jingga (Pakatan Rakyat)," ujarnya.
Justeru, beliau mengajak Melayu bersama rakyat terbanyak menyokong Pakatan Rakyat di pilihan raya umum ke-13 kelak.
"Umno tak akan boleh bentuk kerajaan jika MCA, MIC dan parti komponen lain ditolak oleh rakyat terbanyak dalam pilihan raya akan datang.
"Nak sokong Umno apa lagi atas nama Melayu kerana Melayu yang bermaruah semuanya menyeberang ke Pakatan Rakyat bersama harapan rakyat," ujarnya.
Ceramah Umum malam ini dianjurkan oleh Wanita Keadilan Pulau Pinang, merupakan salah satu program Konvensyen Wanita PKR Pulau Pinang selama sehari sejak pagi tadi.
Turut berucap, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Norhayati Jaafar, Aiman Athirah al-Jundi (Ketua Penerangan Muslimat Malaysia), Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita Keadilan Malaysia) dan Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang merangkap Setiausaha Agung PKR).
Berita lanjut menyusul kemudian.
No comments:
Post a Comment