18 March 2012

"1AMAH, 1MALAYSIA"

"Satu Amah Satu Pekerja" dengan gaji minimum RM700 disindir sebagai satu lagi produk 1Malaysia sungguhpun telah dinafikan oleh Menteri Barisan Nasional.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam (MIC) berdalih, Malaysia tidak pernah bersetuju dengan Indonesia bahawa amah yang dihantar ke negara ini mulai bulan depan dibenarkan melakukan satu tugas khusus sahaja dengan gaji seminimum itu.

Laporan yang dipetik daripada Utusan Malaysia bagaimana pun tidak menjelaskan mengenai pemeteraian perjanjian antara Malaysia-Indonesia sebelum ini. - Jika tidak setuju, mengapa memeterai perjanjian dengan Indonesia?

Perkembangan terbaru seakan memberi gambaran bahawa Malaysia lebih mengutamakan kepentingan luar berbanding tuntutan gaji minimum yang sekian lama diperjuangkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

"1AMAH, 1MALAYSIA"

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus