22 February 2012

WiFi pencuma P.Pinang lahir warga kampung bestari


Di Kampung Padang Lembu dekat Dun Penanti pun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memasang internet wifi percuma bagi melahirkan rakyat bestari serta celik maklumat, kata timbalan ketua menteri 1 Datuk Mansor Haji Othman.

"Kita mahu melihat penduduk negeri bergerak seiring dengan ledakan maklumat. Dengan itu, mereka tidak mudah terpedaya dengan khabar angin sebaliknya boleh melihat sesuatu isu dalam pelbagai sudut sekali gus menuntut kebijaksanaan mereka dalam menilai," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri percaya masyarakat bestari dan bermaklumat mampu memperbaiki sistem demokrasi negara, selain menolak politik fitnah pembangkang Umno Barisan Nasional.

Saya percaya, rakyat Pulau Pinang boleh menilai dan sekali gus mengetepikan segala fitnah pihak tertentu yang cuba memberi gambaran buruk terhadap kita," kata beliau yang juga Adun Penanti.

Pada majlis perasmian baru-baru ini, beliau yang juga  Pengerusi PKR Pulau Pinang turut menyumbang lima komputer dan pencetak bernilai RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di desa tersebut. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus