22 February 2012

PRU13: Melayu P.Pinang wajar pilih Cina DAP atau Cina Gerakan jadi Ketua Menteri?

Ketua Menteri Guan Eng & semua Exco Kerajaan Negeri
isytihar harta, simbol integriti & amanah dengan rakyat
PENGUNDi Pulau Pinang khususnya Melayu wajar dipelawa untuk milih untuk memilih Ketua Menteri dari kalangan DAP atau Gerakan pada pilihan raya umum nanti.

Tidak mungkin pemimpin Umno mampu merebut kerusi nombor satu itu kerana PM Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri berkata, "Umno tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain.

Jika Pakatan Rakyat kekal  menang, Lim Guan Eng kekal sebagai Ketua Menteri. 

Jika Barisan Nasional merampas negeri ini, Dr Koh Tsu Koon mungkin dilonjakkan semula ke kerusi Ketua Menteri. Itu pun, jika Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dr Tan Hock Nan redha.

Umno tidak juga ke kerusi Ketua Menteri walaupun merata kampung parti perkauman itu berhelah, "Umno akan jadi Ketua Menteri pertama Melayu jika pengundi Melayu menyokong mereka."

Ada cadangan untuk mengubah sedikit trend kempen bagi membenamkan semua wakil rakyat Melayu dari PKR dan DAP.

Grup Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, "Orang Melayu mesti sokong Umno supaya parti itu menjadi pembangkang terkuat di Pulau Pinang bagi menghadapi Guan Eng."

Sebenarnya tidak ada apa-apa perbezaan pun pada trend kempen.


Dulu, Kini dan Selamanya Umno akan terus perbodoh Melayu kononnya kuasa politik Melayu terhakis kalau rakyat terus menolak parti perkauman itu pada pilihan raya umum nanti.

Tanpa disedari, sebenarnya Umno sebenarnya kian fokus. Reverse psychological sebegini memang menyentuh emosi Melayu. 

Lagi kuat emosi Melayu disentuh, mungkin lebih banyak lagi wakil rakyat Umno ke Dewan Undang Negeri (DUN) Pulau Pinang kelak kerana mereka bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Lagi kuat emosi Melayu disentuh, lebih ramai wakil rakyat Melayu dari PKR dan PAS akan tumbang kerana mereka tidak bertanding di kawasan majoriti Cina atau India dll.

Sesiapa pun menjadi Ketua Menteri selepas pilihan raya nanti, ia bukan masalah bagi DAP, PKR atau PAS kerana ketika-tiga parti komponen Pakatan Rakyat anti politik perkauman.

Berbeza dengan Barisan Nasional, Umno terpaksa tunduk pada kemahuan Gerakan kerana presidennya berkata begitu.

Umno seakan sanggup menipu Melayu kononnya mereka boleh jadi Ketua Menteri jika Melayu sokong mereka kerana mereka mahu memenangkan Cina dari Gerakan.

Komitmen Pakatan Rakyat antaranya menyemarakkan demokrasi, anti politik perkauman, anti rasuah, anti kronisme dan anti penyelewengan kuasa.

Jika Pakatan Rakyat kekal memerintah Pulau Pinang dan mengambil alih kerajaan pusat, mereka berjanji untuk mengekalkan status quo Melayu, bahasa Melayu, Majlis Raja-Raja Melayu dan Islam sebagaimana yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan

Barisan Nasional pula dikaitkan denga pecah amanah, rasuah, kronisme dan suka menimbulkan politik kebencian antara kaum supaya rakyat terus dipecah-belahkan.

Jika Barisan Nasional memerintah kerajaan pusat di samping merampas Pulau Pinang, kita akan lihat lebih banyak lagi insiden seperti skandal pecah amanah RM250 juta Projek Fidlot Kebangsaan (NFC); Menteri Agama didakwa seleweng wang zakat; konsolidasi Mas-AirAsia; pembajiran wang negara membabitkan isteri perdana menteri dan banyak lagi di sesawang berita seperti sekarang.

Barisan Nasional tidak mungkin menawarkan seorang Ketua Menteri Melayu yang adil kerana Umno sendiri didedah kotor dengan rasuah serta pecah amanah. 

Barisan Nasional juga menawarkan seorang Ketua Menteri berbangsa Cina dari Gerakan yang sebelum ini didedah lemah sehingga tidak berupada untuk memerangi rasuah, pecah amanah, kronisme dan politik cauvenisme di kalangan pemimpin tertentu mereka sendiri.

Pakatan Rakyat di Pulau Pinang kekal menawarkan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri berbangsa Cina yang adil untuk seluruh rakyat baik Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain di negeri ini.

Tak penting ketua menteri Pulau Pinang ini Cina atau Melayu. Yang penting, Melayu bersama aspirasi rakyat memilih ketua menteri yang amanah, tolak rahsuah, memerangi politik perkauman ekstream dan boleh menjaga kepentingan rakyat terbanyak walaupun bukan Melayu.

Cina DAP atau Cina Gerakan paling layak jadi ketua menteri Pulau Pinang?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus