Ihsan daripada SharpShooterBlogger |
Koordinatornya Amizudin Ahmad dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa dalang di sebalik grup provokator yang menyerang Adam Chew dan Lee Hong Chun sehingga tercedera itu adalah Ketua Umno Bahagian Balik Pulau.
"Adun Telok Bahang, Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Yahya mungkin mengetahui siapakah dalang sebenar di sebalik tindakan liar pemuda berkenaan," ujar beliau melalu e-mel kepada Nota Kecil.
Sambil mendedahkan beberapa bukti rakaman video dan gambar, beliau mendakwa grup liar terbabit adalah pemuda Umno Balik Pulau dan Seremban.
Mereka didakwa menyerang perhimpunan aman tersebut selepas selesai satu program gotong royong yang dianjurkan Umno Bahagian di Balik Pulau.
"Grup provokator berkenaan rata-ratanya memakai topi 'Umno Seremban'.Dari gambar yang didedahkan, beberapa pemuda liar berkenaan dikenal pastisebagai pemuda Umno Balik Pulau," ujar beliau.
Lengan Adam Chew, 29, menerima 8 jahitan gara-gara serangan liar itu manakala tubuh Hon Chun, 25 menerima hentakan topi keledar.
"Malaysia adalah negara yang aman, rakyat tidak perlu amalan politik liar danprovokasi. Jingga 13 Pulau Pinang mendesak polis menyiasat segerakumpulan provokator yang menyerang wartawan terbabit," ujarnya. -END
No comments:
Post a Comment