25 February 2012

PM ke Kedah intai Azizan, PAS bergolak

LAWATAN rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kedah hari ini antara lain dilaporkan untuk membincangkan mengenai pergolakan dalaman dalam PAS di negeri berkenaan.

Sumber Jabatan Perdana Menteri (JPM) memberitahu, satu tinjauan lapangan akan dilancarkan dalam masa terdekat bagi mendapatkan reaksi rakyat terbanyak berhubung pentadbiran Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang dikatakan agak kurang demokratik jika dibandingkan dengan pentadbiran pemimpin utama Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Sebuah badan bebas akan dilantik bagi melakukan tinjauan tersusun di negeri jolokan  'Jelapang Padi' itu selama dua minggu ini bermula sekarang, termasuk mengenai desas-desus tiga pemimpin PAS memprotes Azizan serta memboikot majlis perlantikan semula sebagai exco kerajaan negeri.

Najib turut dijadualkan menerima penerangan daripada Perhubungan Umno Kedah mengenai isu kontraktor pro Umno yang dikatakan menerima anugeah kontrak membina jalan raya bernilai jutaan ringgit secara tender tertutup milik kerajaan negeri.

"Umno (Kedah) tak ada masalah dengan Azizan. Pemimpin PAS Kedah yang bermasalah dengan Azizan," ujar sumber Kedah di Putrajaya.

Sumber berkata, grup Najib lebih selesa dengan Azizan walaupun pesuruhjaya PAS itu kian menerima protes daripada parti serta rakyat terbanyak di negeri berkenaan.

"Azizan disukai kerana orang PAS dan rakyat berani menolaknya. Itu, menguntungkan Umno pada pilihan raya umum depan," ujar sumber menerusi e-mel ke Nota Kecil.

Difahamkan, sokongan kepada Azizan sekarang akan menggamit rakyat untuk kembali menyokong Umno Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan kian depat.

Dalam perkembangan sama, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dikhabarkan turut menyatakan hasrat untuk bersemuka dengan Azizan dalam masa terdekat bagi menjernihkan pergolakan dalaman dalam parti PAS di peringkat negeri.

Sumber-sumber alternatif melaporkan, beliau menggantikan Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana presiden PAS itu ditolak dari memberi nasihat mengenai pergolakan dalaman PAS Kedah serta proses  pemilihan exco kerajaan negeri Kedah yang baru oleh Azizan sendiri baru-baru ini. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus