DiNNER malam tadi, saya bercerita panjang mengenai pengalaman semua priversi maya saya digodom hampir seminggu.
Blog saya digodam dan dipadam. E-mel, Facebook dan twitter ditukar password. Mujur tidak dipadam juga.
Alhamdulillah, sejak malam tadi saya sudah meramahi twitter dan facebook.
Saya buka e-mel baru menggunakan enjin blogger sebab blogger dikatakan lebih kebal sebab di bawah gmail.
Blog Nota Merah digodam kononnya sebab enjin wordpress tidak kebal serta mudah diceroboh.
Penulis kecil macam saya hanya tahu menulis. Saya tak pandai dunia internet, lebih-lebih lagi dunia hacker.
Padanlah digodam semua priversi maya saya.
Terlanjur bercakap mengenai blog, blog Nota Kecil ini boleh adalah blog yang baru.
Saya memberi nama Nota Kecil kerana saya kehilangan Nota Merah.
Nota kecil memang kecil dan baru. Kunjungannya hari ini sekitar 600 visitor sahaja, tidak seperti Nota Merah.
Ada seorang kawan malam tadi menasihatkan saya menukar nama blog Nota Kecil kepada Nota Merah.
"Nota Merah memang nampak gah dan keberaniannya. Nota Kecil nampak seperti blog budak-budak sekolah yang baru belajar menulis blog dan tulis perkara yang remeh-remeh," nasihat seorang sahabat yang tegar mengikuti pendedahan saya, terutama mengenai isu Kerajaan Perpaduan sejak 3 setengah tahun lepas.
Nasihat beliau sangat bermakna. Nantilah saya fikir-fikir sebelum melelapkan mata awal pagi ini, "nak tukar ke tak, Nota Kecil ke Nota Merah?"
No comments:
Post a Comment