Skip to main content

Nik Aziz ganti Hadi bersemuka Azizan?

Pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan bersifat diktator sehingga membawa desas-desus tiga pemimpin PAS di negeri berkenaan enggan angkat sumpah sebagai exco mengundang campur tangan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar).

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan akan bertandang dan bersemuka dengan Azizan di Kedah dalam sehari dua ini.

Campurtangan Nik Aziz selepas Azizan dikatakan menolak nasihat agama daripada Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Azizan dalam satu laporan mengatakan beliau berhak untuk tidak merujuk Abdul Hadi dalam proses perlantikan Exco Kerajaan Kedah yang baru.

Tindak tanduk Azizan yang tidak demokratik itu dikatakan bukan sahaja mencemar imej kerajaan negeri dan PAS, bahkan imej Pakatan Rakyat di negara ini.