21 February 2012

Najib main api, Rosmah 'main' Perkasa

PERDANA Menteri didakwa sedang bermain api perkauman apabila isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menyokong kumpulan pendesak Melayu bernama Perkasa, kata Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata demikian sebagai mengulas kehadiran Rosmah ke majlis makan malam PERKASA Sabtu lalu.

Guan Eng berkata, sokongan itu mencerminkan pentadbiran Najib tidak komited dengan agenda kesederhanaan global, sebalik masih cenderung pada ekstremisme bangsa.

"Najib bermain permainan berbahaya dengan menyokong dan menaja PERKASA, manakala pada masa yang sama, kononnya menggalakkan kesederhanaan dan perpaduan negara melalui slogan 1Malaysia yang jelas kosong.

"Akibat sokongan aktif dan juga pasif mereka terhadap PERKASA, Najib, Rosmah dan kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua perbuatan melamapau dan kenyataannya yang menghasut," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Ujar Guan Eng lagi, kehadiran Rosmah sebagai tetamu kehormat pada acara malam amal itu sekaligus membuktikan bahawa Najib dan kerajaannya adalah terbuka terbuka penyokong  "pergerakan ultra-nasionalis dan perkauman".

"(PERKASA) berselindung sebagai sebuah NGO dalam usaha menyembunyikan sokongan kerajaan terhadapnya," kata beliau.

Beliau juga menuduh PERKASA sebagai pertubuhan yang cuba menghasut orang ramai dan memberikan contoh perbuatan membakar gambar pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang juga dilabelkan sebagai "wanita Hindu yang berbahaya".

Sabtu lepas, Ibrahim memuji Rosmah sebagai  "srikandi negara"  di hadapan kira-kira 700 orang penyokongnya sambil memberitahu isteri perdana menteri: "We all love you,".

Ibrahim berkata Rosmah juga seorang individu yang luar biasa kerana sering dilemparkan fitnah oleh pembangkang dan juga media baru "yang nakal dan tidak bertanggungjawab."

Malah, semasa menyambut ketibaan tokoh wanita itu, Ibrahim juga dilaporkan mencium tangannya.

Rosmah pada ucapannya turut bersyukur kerana presiden PERKASA  turut menyokong beliau dalam beberapa isu.

"1MALAYSIA TAKUT BINI"

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus