21 February 2012

Guan Eng dedah terperinci tender terbuka Bayan Mutiara

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus mendesak dua pemimpin Umno supaya meninggalkan arena politik masing-masing sambil mendedahkan secara terperinci mengenai penjualan tanah Bayan Mutiara
yang dilakukan secara tender terbuka.

Mereka adalah Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Guan Eng berkata, tender terbuka yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2010 menyaksikan sebanyak 37 pihak membeli dokumen tender dengan harga RM3000 setiap satu.

Kerajaan negeri, katanya, hanya menerima 4 dokumen tender ketika tender ditutup pada 31 Disember tahun yang sama.


"4 pihak berminat untuk membeli tanah (Bayan Mutiara) ini secara tender terbuka, mereka (adalah) Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd., Ivory Properties Group Berhad, AG Pearl Sdn Bhd. dan SP Setia Berhad, tetapi AG Pearl ditolak kerana tidak disertakan bersama 'earnest deposit' (sebanyak) RM1.2 juta," ujarnya pada satu sidang media di Komtar, George Town.

Ivory menawarkan harga belian RM215 sekaki persegi yang dibayar kepada kerajaan negeri dalam masa 5 tahun dan RM240 sekaki persegi yang dibayar dalam 8 tahun.

SP Setia pula menawar RM180 sekaki persegi yang dibayar dalam masa 3 tahun, RM210 sekaki persegi (5 tahun) dan RM225 sekaki persegi (8 tahun).

Chai Tai Xing Ye hanya menawarkan RM200 sekaki persegi yang dibayar kepada kerajaan negeri dalam masa 5 tahun.

"Ivory dipilih kerana mereka menawarkan sebut harga belian paling tinggi berbanding dua syarikat pemaju yang layak tersebut ketika proses tender terbuka dilakukan.

"Kita (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) minta disingkatkan dari 8 tahun ke 5 tahun, mereka (Ivory) setuju...tender terbuka terbukti menguntungkan rakyat, bukan kroni," ujarnya.

Terdahulu, Guan Eng dituduh tidak melaksanakan tender terbuka serta menjual 102.3 ekar tanah Bayan Mutiara (termasuk 35 ekar tanah tebusan laut) kepada Ivory kononnya masih dengan harga yang begitu rendah, iaitu RM1.07 bilion.

Bagaimanapun, Guan Eng mencabar Umno menawarkan sebut harga belian yang lebih tinggi berbanding harga yang ditawarkan oleh Ivory sebelum ini.

Ekoran itu, beliau dituduh menafikan hak Melayu untuk membeli tanah tersebut dengan memilih Ivory kononnya atas sentimen kecinaan.

Beliau turut dituduh pro Singapura serta anti Melayu Pulau Pinang kerana melantik firma perunding terbaik bernama HDP Singapura bagi mereka bentuk dan menguruskan proses pembinaan berfasa 11,800 unit rumah mampu milik berkualiti tinggi di Batu Kawan.

RM500 juta diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi projek mega di Batu Kawan tersebut adalah sebahagian dari hasil jualan tanah Bayan Mutiara dekat Bayan Lepas secara tender terbuka.

Dengan pendedahan terperinci serta telus mengenai proses tender terbuka dalam penjualan tanah Bayan Mutiara, beliau berkata Zainal Abidin dan Abdul Rahman sekali lagi didesak meninggalkan arena politik masing-masing kerana mengfitnah beliau.

"Oleh itu, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dicabar letak jawatan dalam arena politik masing-masing kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang terbukti melaksanakan tender terbuka," ujarnya. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus