22 February 2012

Cerita 'Pokok Emas' Ustaz Khalid Man

Ceramah Khalid Man semalam saling tak tumpah macam arwah Dato' Fadzil Noor.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ini membuat perumpamaan pemberian duit RM500 oleh Umno Barisan Nasional sekarang seperti "pokoh yang berbuah lima tahun sekali".
"Lebih 50 tahun, Umno (dan) Barisan Nasional tanam pokok, baru-baru ini keluar buah RM500. Rakyat baru boleh buah (RM500) selepas hampir 5 tahun tanam (tubuh kerajaan pusat Mac 2008).
"Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pun tanam pokok. Pokoknya tak reput macam pokok yang Umno (dan) Barisan Nasional tanam. Pakatan Rakyat tanam pokok emas. Tiap-tiap tahun berbuah. Ada buah 'warga emas' RM100, ada buah 'pelajar emas' RM100 dan ada buah 'anak emas' RM200.
"Dalam pilihan raya kali ini, insyaAllah kita, Pakatan Rakyat kalau boleh nak tanam 'pokok emas' bukan sahaja di Pulau Pinang, tapi di Malaysia ini. Rakyat kena sokong PAS bersama Pakatan Rakyat supaya kita boleh sama-sama menanam benih 'pokok emas' ini dan sama-sama kita kutip buah untuk kesenangan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian semalam pada majlis Makan Malam Kutipan Dana Pilihan Raya Pakatan Rakyat di Teluk Air Tawar, Butterworth.

Ceramah orang lama dalam PAS selalu mengusik saya untuk berfikir dan belajar sesuatu mengenai proses mendekati faham rakyat.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus