KELUARGA Mohd Dali Abu Bakar, 43, antara 51 rumah dipukul ribut baru-baru ini yang menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng ketika melawat keluarga 4 beranak di Kampung Permatang Saga, Pinang Tunggal berkata bantuan segera telahpun diberikan kepada semua keluarga mangsa dalam masa 24 jam.
Tambahnya, pemberian sumbangan penuh akan dilakukan melalui Majlis Keselamatan Negeri selepas selesai proses taksiran kerugian oleh oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
"Dari Tabung T.Y.T, maksima yang boleh dituntut adalah sebanyak RM5,000 dan ia bergantung pada (proses) taksiran (kerugian bencana).
"Setakat ini, bantuan segera telahpun disalurkan dalam masa 24 jam dari kejadian," ujarnya pada satu sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Bertam dekat Parlimen Kepala Batas.
Sidang akhbar itu turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dan Abdul Rashid Ibrahim (Ketua Penolong Pegawai Daerah).
Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undang Negeri (KADUN) turut hadir.
Mereka, Rosidi bin Hussain (Penaga), Asrol Sani bin Abdul Razak (Bertam), Arshad bin Md Salleh (Permatang Berangan) dan Md. Fahmi bin Abd. Wahab (Sungai Dua).
Jumaat lepas, 51 rumah rata-rata Melayu dipukul ribut yang membabitkan kawasan Pinang Tunggal (16 buah rumah), Lahar Tiang (27 buah rumah), Paya Keladi (sebuah rumah) dan Bumbung Lima (tujuh buah rumah).
Kira-kira 82 laporan polis dibuat di Balai Polis Bertam Perdana, Balai Polis Kepala Batas dan Balai Polis Tasek Gelugor ekoran bencana alam tersebut. -END
--
Sent from my mobile device
No comments:
Post a Comment