Merengek-rengek kos bina bilik darjah meningkat tinggi bukan sikap ejen reformasi negara….

JI Xinping menekankan kepentingan pemerintah dan rakyat menyokong agenda penstrukturan semula syarikat-syarikat pengeluaran lokal untuk menjadi hab pengeluar bahan binaan utama untuk kemakmuran ekonomi sebenar negara, semasa melawat kilang Bensteel Group dekat Bandar Benxi, Wilayah Liaoning, Timur Laut China pada 25 Januari 2025.

BUKAN lagi rahsia bahawa pemerintah Republik Rakyat China mengamalkan monopoli mutlak atas sumber semula jadi negara untuk tujuan mengawal bekalan di samping menstabilkan harga barangan dalam pasaran dari semasa ke semasa. 

Contohnya bahan binaan utama negara terutama simen dan keluli dimonopoli oleh China National Building Material (CNBM).

CNBM adalah sebuah syarikat milik kerajaan (SOE); nak mudah faham ia sama seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terdapat di Malaysia.

CNBM ini bukan sahaja sebagai pengeluar simen terbesar di Republik Rakyat China, malah turut diberi mandat untuk monopoli rantaian bekalan di lombong-lombong negaranya serta mengawal kapasiti pengeluaran. 

Pemerintah menggunakan SOE untuk menjayakan dasar supply-side reform. Jika harga komoditi jatuh terlalu rendah susulan lebihan bekalan, Pemerintahan akan mengarahkan SOE memperlahankan pengeluaran untuk menstabilkan harga. 

Selain mengawal kapasiti pengeluaran, SOE juga diberi mandat monopoli keseluruhan rantaian bekalan dari peringkat hulu (upstream) sampai hilir (downstream).

SOE akan monopoli lombong batu kapur yang menjadi sumber pengeluaran bahan mentah dalam industri simen, sampai peringkat pengagihan komoditi dalam sektor binaan. Pendekatan ini membolehkan intergrasi rantaian bekalan berlaku. 

Pelan Pertumbuhan Industri Bahan Binaan China Bagi Tahun 2025-2025 antara yang dilancarkan. 

Berdasarkan pelan induk itu, Presiden Republik Rakyat China, Ji Xinping secara aktif memantau indeks kemakmuran industri dan harga bahan binaan utama, disusuli langkah campurtangan dalam pasaran. 

Bukan tidak ada firma swasta yang bersaing dalam pasaran serta sektor binaan, tetapi SOE senantiasa ada kelebihan dari segi penyediaan reka bentuk projek pembinaan sampai adaptasi teknologi moden di tapak pembangunan kerana mereka asa kelebihan yang lain iaitu monopoli pengeluaran serta mengawal harga bahan binaan utama negara.

Di Malaysia, Lafarge merupakan antara pemain penting dalam industti simen negara. Amanah Saham Bumiputera pernah menjadi pemegang saham kedua terbesar dalam Lafarge Malaysia, iaitu sekitar 8 hingga 9 peratus. 

Namun, pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei 2018 menyaksikan Umno BN buat kali pertama gagal mendapat mandat bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan. 

Kerajaan Persekutuan era Pakatan Harapan (PH) seakan memacu dasar ekonomi neoliberal. 

Pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mei 2019 memudahkan syarikat rentier capitalist swasta YTL Cement Berhad membeli 51% kepentingan Lafarge Malaysia.

Impaknya, YTL Cement Berhad muncul sebagai pemain kedua terkuat dalam industri simen negara, di belakang Lafarge.

Walhal, GLC Malayia memang telah diberi mendat dalam menjayakan dasar keuntungan didorong oleh pelaburan (investment-driven profit).

Pemimpin PH sendiri bukan tidak tahu bahawa Ciment Industries of Malaysia Berhar (CIMA) adalah pemain penting juga dalam sektor industri simen.

CIMA adalah anak syarikat kepada UEM Group (milik Khazanah Nasional Berhad). Maka, CIMA ada GLC yang boleh diperkasa untuk menjadi pemain utama sektor bahan binaan teras (sebagaimana Republik Rakyat China melalui SOE berjaya memonopoli keseluruhan rantaian pengeluaran dari upstream sampai downstream). 

Kerajaan Malaysia sebenarnya ada kemampuan dari sudut mewujudkan program fiskal yang lebih progresif serta menggubal perundangan bagi tujuan menjayakan dasar supply-side reform sebagaimana berjaya dilaksanakan di negara nation Republik Rakyat China hari ini. 

Tapi, oleh kerana Kerajaan Malaysia didominasi oleh parti zero policy, maka kalau ada Menteri pun seakan ‘merengek-rengek’ mengenai harga bahan binaan utama untuk projek pembinaan sekolah kerajaan meningkat secara mendadak dalam beberapa tahun belakangan ini pun. Kemudian, dia digambarkan konon-konon ejen reformasi negara.

Dalam ekonomi, hampir mustahil kerajaan boleh kawal harga dan produktiviti secara sekali gus. 

Sebab itu, dasar supply-side reform patut ada dalam acuan ekonomi pemimpin dan parti yang nak sangat menumbangkan rejim ekonomi neoliberal pada PRU16 nanti. 



Lebih kurang begitulah saya kongsi pendapat dengan mahasiswa di Universiti Sains Malaysia (USM) pada petang ini, semasa diasak respons isu kenaikan kos pemajuan bilik darjah sekolah kerajaan dalam tempoh lima atau enam tahun belakangan ini.

Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek berkata, bagi tempoh 2016 hingga 2020, kos pembangunan tersebut dianggarkan antara RM180,000 hingga RM250,000; manakala bagi tempoh 2021hingga 2026 meningkat kepada RM280,000 hingga RM520,000.


SEBARKAN KALAU BERMANFAAT😷

Comments