Menantu Presiden PAS sebenarnya bimbang kesan buruk di sebalik program Malaysia Rumah Keduaku

PELAKSANAAN Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) oleh pentadbiran Perdana Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim dianggap berbahaya kerana akan membuka rumah kepada penghuni program itu selepas tempoh dua dekad mungkin akan menuntut hak kewarganegaraan di tanah air tercinta ini, kata seorang pemimpin berpengaruh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Menerusi Facebook peribadi, Ustaz Zaharuddin Muhammad (gambar di atas) berkata, “apabila berlaku kelahiran, maka tidak mustahil mereka (bukan warganegara yang mendiami MM2H) akan minta kerakyatan dan selepas 20 tahun mereka akan minta hak mengundi.

Untuk rekod, program MM2H pernah dibekukan pada tahun 2020 untuk penilaian semula, tetapi sejak 2022 dihidupkan kembali oleh Datuk Sri Teong King Sing iaitu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di bawah pentadbiran Anwar.

Dalam perkembangan lain, Ketua PAS Bahagian Sungai Buloh yang juga menantu kepada Presiden parti Islam berkenaan turut menyanggah kenyataan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri Pulau Pinang, Steven Sim Chee Keong sebelum ini.

Steven Sim menyindir “di perbatasan, peluru tak kenal bangsa,” kerana menganggap Zaharuddin mempertikai pelantikan Datuk Johny Lim Eng Seng sebagai Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam hantaran terbaru Zaharuddin, agamawan menafikan kenyataan Steven Sim yang seakan menyuruh dirinya menghina penganugerahan pangkat kepada Johny Lim.

Jelas Zaharuddin, gambar pelantikan Leftenan Jeneral ATM berkenaan dimuat naik di Facebook peribadi sebagai gambar hiasan semata-mata.

Komen seorang kawan, sektor hartanah spekulatif swasta ketika ini memang menghadapi isu lambakan rumah siap tak terjual (overhang properties).

Pada masa yang sama, Malaysia juga sedang menghadapi isu lambakan rumah swasta siap dibina bukan lah melebihi permintaan rakyat, tetapi tidak mampu didiami oleh mereka yang masih tiada unit kediaman selesa - overproduction.

Apa syor tangani isu rumah siap tak terjual?

Kalau menyimpang pun pendapat Ustaz Zaharuddin yang menyebut bukan warganegara akan menuntut hak kewarganegaraan dan hak mengundi selepas lebih 20 tahun mendiami MM2H, secara hakiki program persekutuan itu patut dilihat lebih pada nak ‘mensubsidi’ syarikat rentier capitalist swasta berbanding nak membekalkan unit perumahan selesa buat rakyat tak berkediaman.

Comments