31 August 2019

GoJek bukan pekerjaan berkualiti laaa, Syed Saddiq!




PERKHIDMATAN teksi motosikal kendalian syarikat tempatan, Dego Ride berjaya menggajikan lebih 1,500 ‘mat motor’ sebelum ia diharamkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan terdahulu, pada awal 2017.



Di Malaysia, kalau nak menjana pendapatan bulanan di kalangan anak muda sehingga RM5,000 sebulan sekalipun, bukan payah.

Kalau dah tak ada kreativiti untuk mewujudkan 1 juta pelaung pekerjaan berkualiti - sebagaimana dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan pada PRU14 lepas - elok Syed Saddiq mencadangkan legalisasi sektor pelacuran di negara ini.

Pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad boleh memanjangkan dakyah seperti “kalau sektor pelacuran dilegalisasikan, Kerajaan Pusat boleh lah dapat tambahan hasil cukai, (konon-konon) untuk bayar balik hutang negara lebih RM1 trilion, pulih kedudukan fiskal kewangan negara dll.

Pakej melacur atau semburit bukan murah. RM100 ~ RM200 / 45 minit. Tak payah kerja sampai 8 jam untuk mendapat RM100 sehari. Bayangkan!

Tapi, bagus sangatkah kerja sebegitu? Jawapannya memang tak bagus.

Penat-penat keluar Universiti, takkan nak jadi pelacur atau kaki semburit? 

Walaupun lumayan, profesyen kerja sebegitu sangat rendah nilai berbanding nilai tenaga buruh aktif sebenar dalam ekonomi.

Kalau kita boleh menganggap kerja melacur dan semburit sangat rendah nilai tenaga buruh, patut kita juga boleh sedar bahawa kerja membawa GoJek untuk RM3,500 sebulan juga boleh progresif tera mana pun. 

Penat-penat mengaji jurusan kejuruteraan di Universiti Malaya umpamanya, selepas tamat pengajian, jadi penunggang teksi motosikal? 

Jadi penunggang motosikal hanya boleh membonceng seorang penumpang sahaja pada satu-satu masa dari tempat A ke lokasi B. 

Berbanding seorang operator terlatih yang menyelia MRT1 dengan membawa ribuan penumpang dalam gerabak pada satu-satu masa. 

Daripada segi nilai tenaga berbanding guna tenaga buruh pun, jadi pemandu GoJek tak progresif tera mana pun, semacam seorang pelacur/kaki semburit nak dapat RM100 dalam tempoh 45 minit hanya terhad layan seorang pelanggan sahaja. 

Selalu saya sebut, MRT1 tak boleh wujud dengan sendiri walaupun telah lama ada pasaran serta sistem kapitalisme di tanah air kita.



MRT1 boleh wujud atas sebab pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada pelan ekonomi yang lebih bagus (berbanding cadangan mengembalikan semula operasi Bas Mini ataupun GoJek Si Saddiq).

Pentadbiran Najib mengelak pembiayaan persekutuan secara tidak langsung, dengan melaksanakan off-balance sheet financing. Agensi persekutuan, Dana Infra terbit bon korporat bernilai RM21 bilion dengan jaminan Kerajaan Persekutuan, lalu dibeli oleh KWSP. 

Selepas siap, MRT1 100% milik Kerajaan Persekutuan dan rakyat, melalui MRT Corp.

Dengan adanya MRT1, peluang pekerjaan berkualiti wujud. Kelas buruh terlatih daripada Universiti meliputi graduan jurutera, perunding sivil, jurubina, psikologi, pentadbir awam, juruukur, operator dll wujud.

MRT1, nilai tenaga yang digunakan adalah jauh efisien, perkhidmatan lebih selamat, kos per utiliti lebih murah dan banyak lagi faedah. 

Kesimpulannya, Syed Saddiq nie kan macam...hmmm.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus