04 September 2018

Laissez-faire, di mana tak bebasnya pasaran ekonomi negara?





Di pejabat, saya terlena sejak sebelum Asar lagi. Jaga-jaga, terus bos ucap “Selamat Pagi!”

Tengah siap-siap untuk bertugas membuat liputan satu acara jamuan rasmi khas bersama-sama TYT Pulau Pinang 8.30 malam nanti, saya terfikir sesuatu.

Laissez-faire, di mana lompangnya?

Umumnya ekonomi pasaran bebas adalah:

• Permintaan & Penawaran diaturkan berdasarkan nilai bebas yang ada dalam pasaran

• Tiada campur tangan berlebihan kerajaan dalam ekonomi, perundangan, persaingan pasaran dan cukai minimum

• Mesra dasar penswastaan, percaya penswastaan turut menyumbang pada peningkatan kualiti hidup rakyat serta pertumbuhan ekonomi negara


CONTOH MUDAH

Seorang pembuat dasar, kini menjadi Ahli Parlimen dah, selalu menggunakan perumpamaan bahawa persaingan antara perniaga-peniaga bawang dalam pasaran harga yang bebas lah membolehkan pengguna mendapat kualiti barangan dan harga yang lebih murah.

Katanya, kalau bawang dimonopoli oleh seorang peniaga sahaja di satu-satu pasar, kualiti komoditi itu mungkin tidak bagus. 

Begitu juga dengan harga, boleh ditetapkan sesuka hati kerana tiadanya persaing yang sihat, melibatkan permintaan dan penawaran, dalam ekonomi pasaran bebas ini.

Satu lagi contoh, adalah pasaran nasi lemak. 

Menurut faham Laissez-faire, kalau di satu-satu tempat, hanya ada satu peniaga sahaja yang berniaga atau monopoli pasaran nasi lemak, maka di sana pengguna tidak akan mendapat sebut harga dan kualiti nasi lemak terbagus.

Menurut mereka, dengan wujudnya pergerakan pasaran bebas, maka wujudnya persaingan di kalangan peniaga-peniaga nasi lemak daripada segi mutu komoditi yang dihasilkan dalam pasaran serta harga nasi lemak lebih berkualiti.


KERAJAAN TAK PATUT CAMPUR TANGAN BERLEBIHAN DALAM EKONOMI?

Atas hujah-hujah sebegini, mereka berpendapat elok lah Kerajaan Persekutuan juga melaksanakan Laissez-faire, melantik lebih banyak pembekal minyak petrol untuk kereta-kereta rasmi kerajaan, agar mutu perkhidmatan pelanggan lebih bagus, begitu juga lah dengan sebut harga bagi perkhidmatan tersebut.

Kalau Kerajaan diasuh melantik PETRONAS sahaja sebagai pembekal tunggal petrol untuk kereta rasmi kerajaan, maka akan mewujudkan monopoli atau campur tangan berlebihan Kerajaan dalam ekonomi.

Lagi pun, PETRONAS bukan ada stesen minyak di seluruh negara, maka sebab itu perlu pembekal lain seperti Shell dan PETRON. Esso? Caltex? Krik krik krik...

Campur tangan berlebihan Kerajaan dalam ekonomi, menurut mereka, akan menjejaskan pergerakan pasaran bebas, serta membantutkan pertumbuhan ekonomi rakyat serta merugikan rakyat sebagai pengguna.

Mereka tidak sebut, bahawa pelantikan PETRONAS sebagai pembekal tunggal minyak petrol untuk kenderaan rasmi kerajaan adalah cara Kerajaan ‘subsidi’ atau menjana pulangan hasil terbanyak dalam kitaran ekonomi, kembali ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.


APA YANG DI LUAR PEMIKIRAN KITA? 

Sesuatu yang kita harus terima adalah pasaran ekonomi adalah berkaitan dengan modal duit ringgit.

Sesiapa ada modal, ertinya ia mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam ekonomi pasaran bebas ini.

Ertinya, hanya pemodal terbesar atau golongan kapitalis terbesar lah yang akan memonopoli pasaran, walaupun Kerajaan melaksanakan cuba mewujudkan keadaan permintaan dan penawaran bertemu pada titik keseimbangan (equilibrium).

Untuk lebih jelas, katakan lah Kerajaan Persekutuan hari ini memang mahu menjual aset negara atas dalih nak membayar hutang sebenar kerajaan yang kononnya mencecah RM1 trilion hatta membolehkan Malaysia berisiko untuk bankrap.

Maka, tender terbuka pun dibuat oleh Kerajaan Persekutuan sendiri atas dalih nak melaksanakan amalan integriti, elok rundingan langsung serta “tender abang-adik”, demi memastikan Kerajaan mendapat sebut harga paling tinggi dalam pergerakan pasaran bebas yang kononnya paling kompetitif (persaingan sihat) dll.

Namun, seperti disebut tadi, pemodal terbanyak sahaja boleh mengambil bahagian dengan memonopoli aset negara dan rakyat, yang dijual secara hitam putih menurut perundangan.

Kalau rakyat dan kerajaan mendapat untung daripada bidaan atas nama pergerakan pasaran bebas ini, untung terbanyak dalam bentuk hartanah serta ekonomi negara sebenarnya dimonopoli oleh golongan kapitalis tertentu sahaja. 

Dalam konteks Malaysia, mungkin syarikat pemodalan swasta terbesar di Filipina iaitu San Meguel telahpun menyatakan minat untuk “membeli“  jika Kerajaan Persekutuan jadi “menggadai” aset persekutuan kelak.

Laissez-faire, nampak tak ekonomi pasaran bebas sebenarnya tidak lah bebas, tapi ia adalah projek penswastaan khazanah negara yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutian sendiri, demi kepentingan kroni kapitalis neoliberal swasta sahaja. 

Campurtangan atau monopoli ekonomi oleh Kerajaan sendiri tentu akan menguntungkan rakyat terbanyak, dan Laissez-faire ini sebenarnya adalah cara Kerajaan berhasrat membiarkan ekonomi ini dimonopoli oleh segelintir kroni kapitalis neoliberal swasta mereka sahaja.

Bayangkan.


Untuk Rakyat Terbanyak, Bukan Segelintir Puak
For The Many, Not The Few


#DEKPOS #ManifestoMerah #LaissezFaire

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus