12 September 2018

Keretapi peluru Jepun jana untung, langsung tak terima subsidi kerajaan?

PENULIS di Stesen MRT Sungai Buloh, sistem pengangkutan awam termoden ini yang dibina oleh pentadbrian Kerajaan Persekutuan terdahulu bukanlah untuk menjana keuntungan, tapi lebih pada meningkatkan mutu keselesaan hidup rakyat serta membesarkan saiz ekonomi negara. 


SEJAK 8.00 pagi tadi, saya di Klinik Kesihatan Kerajaan dekat Perai, ada rawatan berjadual susulan di sini. 

Ramai dan meriah, kerana rakyat terbanyak terutama warganegara fakir dan miskin serta golongan yang berpendapatan isi rumah rendah (B40) tentu memilih ke klinik kerajaan dengan caj pendaftaran termurah iaitu RM1.

Pasca pelaksanaan dasar neoliberal seperti Skim Insurans Kesihatan oleh Kerajaan Persekutan hari ini kelak, jumlah klinik kesihatan kerajaan dengan caj RM1 akan dikurangkan, dan sudah tentu lebih menyulitkan rakyat terbanyak.

Sementara menanti giliran di sini, ada saya terbaca portal berita ekonomi Salah urus tadbir Prasaranan bernilai RM2.5 bilion.

Menurut sumber Kapital, Prasarana mengalami kerugian sebanyak RM2.5 bilion pada tahun 2017. 

Jumlah pendapatan yang berjaya diraih sepanjang tahun lepas hanyalah sebanyak RM856 juta. 

Lebih memburukkan keadaan lagi apabila Kementerian Kewangan terpaksa mengeluarkan terbitan sukuk/bond yang membolehkan pembayaran gaji warga Prasarana seramai 17,000 orang untuk bulan September dan beberapa bulan yang akan datang.


Sembang Facebook

Di Facebook, ada saya terbaca tulisan seorang ekonomis mesra Pakatan Harapan mengenai berbangkit ini. 

Dari laman sosial beliau, sebenarnya begitu banyak saya menimba ilmu. Alhamdulillah.

Tulisannya begini,

Keretapi.
Business yang memang tak boleh
financially independent, 
melainkan negara tu mempunyai
fundamental ekonomi yang sangat kuat. 
Dan fundamental ekonomi di sini
merujuk kepada export with 
high local content.

Ada juga saya meninggalkan komen di posting tersebut. 

Cikgu......, kat negara maju mana
yang ada railway service yang
financially independent. Kalau ada,
nak ambil buat contoh buat
bacaan peribadi.

Menurut beliau, Japan Shinkansen, adalah contoh perkhidmatan keretapi yang diuruskan oleh syarikat kooperatif berkaitan kerajaan, mempunyai financially independent.


KERETAPI PELURU SHINKANSEN BEROPERASI TANPA ‘SUBSIDI’ KERAJAAN JEPUN?


Keretapi peluru di Jepun pun asalnya dibina oleh Kerajaan. Selepas itu, barulah diswastakan kepada syarikat kooperatif yang kepentingannya masih dikuasai oleh kerajaan.

Shinkansen atau “keretapi peluru” ini asalnya dibina oleh kerajaan sendiri, sebelum diswastakan pada awal 1980an kepada beberapa syarikat berkaitan kerajaan juga iaitu Japanese National Railways (JNR) mengikut wilayah pembangunan berfasa. 

Adakah benar operasi Shinkansen menjana untung, mempunyai rekod kewangan yang begitu kukuh, hatta langsung tidak lagi dibantu oleh pemerintah Jepun?

Memetik sumber lanjut, ycombinator.com, secara atas kertas operasi Tokaido Shinkansen hanya mencatatkan pulangan untung daripada segi OpEx sahaja, tidak termasuk CapEx.

Tokaido Shinkansen tidak menjana untung pun sebaliknya pemerintah Jepun sendiri menyah rekod hutang lapuk JNR dalam pembinaan jajaran keretapi laju itu.

Kebanyakan hutang lapuk yang dihapus kira adalah kerugian JNR sebelum penstrukturan semula perkhidmatan keretapi.

Selepas penswastaan serta penstrukturan semula pun, Tokaido Shinkansen masih menerima subsidi pemerintah Jepun yang sedikit, sehingga ia terpaksa meminjam untuk menyelesaikan kerugian operasinya.

Dengan ertikata lebih mudah, kerajaan sebenarnya hanya memberi subsidi kerugian operasi JNR sejak sebelum proses penstrukturan semula / dasar penswastaan 1980an lagi.

Untuk rekod, walaupun hutang sebenar JNR akhirnya melonjak ke angka 28 trilion Yen Jepun, namun pembayaran ketika proses penswastaan hanya 9.2 trilion Yen Jepun, untuk proses pengambilan rangkaian Shinkansen JNR.

CapEx & OpEX, apa bezanya?

Sebagaimana disebut sebelum ini, sebenarnya secara atas kertas operasi Tokaido Shinkansen hanya mencatatkan pulangan untung daripada segi OpEx sahaja, tidak termasuk CapEx.

OpEx adalah Operating Expend, juga disebut sebagai Operating Expenditure

OpEX adalah perbelanjaan mengurus meliputi kos operasi, urusniaga sampingan serta sistem yang dilaksanakan.

CapEx adalah Capital Expenditure, iaitu segala perbelanjaan dalam bentuk modal yang dibelanjakan untuk membeli, memiliki, menyelenggara, menaiktaraf ataupun memperbaiki aset dalam bentuk bangunan, kenderaan peralatan dan jenis-jenis tanah dan hartanah. 

Satu-satu aktiviti perbelanjaan di bawah maksud CapEx apabila satu-satu aset itu baru dibeli ataupun sejumlah modal yang dibelanjakan adalah untuk memanjangkan hayat aset sedia ada (termasuk kerja-kerja penarafan).

Memetik sumber Kapital seperti di atas, hasil pendapatan tahun lepas (2017) sebanyak RM856 juta, yang diperolehi melalui bayaran tambang tiket serta iklan di tren-tren mereka.

Namun, Prasarana mengalami kerugian sebanyak RM2.5 bilion pada tahun 2017. 

Perlu diperjelaskan, kerugian itu adalah merujuk pada OpEX sahaja, atau termasuk CapEx juga?

Seperkara lagi, operasi Tokaido Shinkansen di Jepun sendiri yang kononnya digambarkan mempunyai financially independent pun sebenarnya masih menerima ‘subsidi’ kerajaan Jepun.

Di negara-negara maju, memang tidak ada pun keretapi peluru boleh wujud disebabkan usaha syarikat kapitalis neoliberal swasta. 

Kalau ada, bawa contoh lain - kemajuan sistem perkhidmatan keretapi kian canggih kerana dimajukan oleh syarikat kapitalis swasta, bukan CapEx oleh Kerajaan sendiri?

Di negara-negara maju, walaupun berlaku penswastaan perkhidmatan keretapi awam kepada syarikat korporat berkaitan kerajaan pun (seperti Tokaido Shinkansen), ternyata masih menerima subsidi kerajaan ataupun bon, demi manfaat rakyat terbanyak.

Jadi, kalau angka hutang sebenar Khazanah meningkat kerana membina LRT3 yang asalnya RM10 bilion (kemudian disebut oleh Menteri Kewangan meningkat kepada RM31.65 bilion) kelak sekalipun (walaupun telah disailang oleh Kerajaan Persekutuan sendiri baru-baru ini), itu adalah di bawah maksud CapEx.

Memetik sumber sama, kalau kerajaan Pakatan Harapan telah berjaya mengurangkan kos pembinaan LRT3 sebanyak 47% daripada RM31.65 bilion kepada RM16.63 bilion, pengurangan anggaran CapEx itu terjadi kerana mengurangkan spesifikasi pada projek asal sahaja (downgrade).

Ini, memang diakui sendiri oleh pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu langkah ‘penjimatan’ melalui pengurangan set gerabak daripada 42 set kepada 22 set; mengecilkan saiz stesen mengikut spefikasi stesen LRT Laluan Kelana Jaya; membatalkan pembinaan 5 stesen; membatalkan laluan bawah tanah di Shah Alam sepanjang 22km; dan menangguh tempoh menyiapkan projek daripada 2020 kepada 2024.

Patut tak langkah downgrade LRT3 ini didakyah sebagai langkah ‘penjimatan’ Kerajaan Persekutuan?





KESIMPULAN

Berdasarkan bacaan peribadi saya yang sedikit, memang tidak ada satu pun contoh negara maju di mana perkhidmatan keretapi beroperasi dengan kewangannya sendiri, tidak ada bantu ataupun subsidi daripasa kerajaan.

Melalui subsidi kerajaan lah, tambang keretapi lebih berpatutan. Perbelanjaan defisit kerajaan terhadap perkhidmatan keretapi akan mewujudkan simpanan bersih (net savings) dalam ekonomi; menyediakan peluang pekerjaan; mewujudkan kesan berganda (multiplier effect) dalam ekonomi dan impak sosial; sertai meningkatkan lagi kuasa membeli seimbang dengan kuasa produktiviti. 

Semua itu, antara perkiraan sesebuah Kerajaan dalam merancang perbelanjaan kerajaan berdasarkan polisi fiskal (discretionary spending), demi 99% rakyat terbanyak berbanding segelintir puak kapitalis spekulatif swasta.


FOR THE MANY, NOT THE FEW 

UNTUK RAKYAT TERBANYAK, BUKAN SEGELINTIR PUAK

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus