26 September 2018

2019 tahun buat industri kereta baru negara?



26 September 2019, seorang rakan Facebook adalah meminta saya membaca dan memberi komentar terhadap rencana A third national car, do we really need one?

Komen saya begini. 

40 tahun dahulu, idea Kerajaan berbelanja lebih untuk buat kereta Proton, mungkin discretionary spending waktu itu boleh dianggap menjana “ibu segala industri negara” dan memang lah wow!

Kalau sekarang, Perdana Menteri Ke-7 Tun Dr Mahathir Mohamad berhasrat sekali lagi (selepas awal era 1890an dulu) nak buat satu lagi industri automotif negara, adaikan lah namanya “Proton 3.0”, sebenarnya tidak hebat pun polisi fiskal sebegitu di peringkat dunia hari ini.

Kalau Dr Mahathir nak buat juga Proton 3.0 atas dalih nak membesarkan saiz ekonomi negara pun, takkan lah tak ada lagi polisi fiskal yang lebih progresif. 

Pada era ini, negara-negara dunia yang maju pun tengah memberi tumpuan pada mewujudkan sistem pengangkutan awam moden semacam keretapi peluru. 

Baguslah pentadbrian Perdana Menteri terdahulu iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak gigih meningkatkan mutu pengangkutan awam moden darat, seperti MRT dll. (ECRL tak sempat buat).

Tujuan sesebuah kerajaan memperbanyak jajaran sistem pengangkutan awam darat, antaranya untuk mengubah tabiat bergerak rakyat - Moving People Not Car.

Dengan mengurangkan jumlah kereta peribadi atas jalan umpamanya, sekaligus akan mengurangkan menjanakan gas yang mencemar udara.

Selain itu, kebergantungan pada sumber semulajadi, seperti minyak petrol boleh dilencongkan serta diwarisi kepada generasi akan datang, apabila jumlah kenderaan enjin petrol ini dapat dikurangkan atas jalan. 

Semua ini adalah Opportunity Cost, yang sesebuah kerajaan yang maju akan berfikir, bukan percaya pada dakyah aneh seperti “langsai RM1 trilion hutang persekutuan atau Kerajaan akan bankrap?”

Dengan wujudnya Proton 3.0 susulan Dr Mahathir nak buat juga kelak, tentu akan menggandakan lambakan kenderaan atas jalan raya. 

Trafik kian sesak, dan tidakkah wujud polisi yang saling bertentangan dengan hasrat Kerajaan juga iaitu mengurangkan trafik sesak, Moving People Not Car dll? 

Sebenarnya negara-negara pengeluar kereta dunia, contohnya Jepun pun sedang gigih memastikan kereta-kereta mereka terus boleh diimport, terutama ke Indonesia.

Sejak era Suharto lagi, sistem pengangkutan semoden Malaysia umpamanya tidak boleh dilaksanakan, kerana terlalu banyak campurtangan politik daripada syarikat pengimport kereta Jepun di negara itu, bukanlah sebab tak ada teknologi membina sistem pengangkutan awam moden ala LRT ataupun MRT.

Dan sehingga kini, semua kereta import dari Jepun gigih untuk menjana keuntungan secara OpEX sahaja (bukan CapEx) dan terus menerima ‘subsidi’ Kerajaan disebabkan isu perangkap kecairan kira-kira tiga dekad di negara Matahari Terbit tersebut.

Kalau pentadbiran Dr Mahathir mahu melonjak nama negara seperti dahulu “Harimau Asia”, ada banyak lagi kaedah bersaingan.

Contohnya, lebih mudah untuk Malaysia diiktiraf di peringkat dunia sebagai “Negara Paling Gigih Membersihkan Laut Atau Sungai,” umpamanya.

Peluang lebih cerah, sebab saingan tak banyak, ada beberapa negara sahaja seperti Brazil, Russia, China dan Singapura dll.

Dalam #Bajet2019Persekutuan, Dr Mahathir boleh umum discretionary spending seperti RM10 bilion untuk Program Bersih Laut/Sungai, memperkaya habitat dll.

Melalui program ini juga ada pelbagai multiplier effect daripada segi ekonomi dan impak sosial, antaranya:

• Membesarkan saiz ekonomi, sebab deficit spending oleh Kerajaan sendiri dalam sektor kerajaan, akan mewujudkan simpanan bersih duit ringgit (net savings) bagi sektor kewangan bukan kerajaan, sekaligus membawa pada ekonomi bertumbuh sihat. #SectoralBalances 

• Tentulah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan tawaran upah buruh mampu hidup, sebab Program Bersih Laut Dan Sungai ini tentu memerlukan lebih banyak tenaga buruh.

• Sekaligus menurunkan kadar pengangguran apabila Kerajaan meningkat perbelanjaan domestik bagi menghadapi ekonomi sedunia yang tak menentu. 

• Lambakan graduan terutama dalam bidang sains industri, kejuruteraan, pertanian & penternakan, sivil dan perkhidmatan awam dll dapat dikurangkan, kerana Program Bersih Laut Dan Sungai ini memang memerlukan lebih banyak tenaga buruh.

• Lebih banyak rakyat bergaji, maka lebih ramai boleh berbelanja dalam ekonomi. Kitaran ekonomi bertambah sihat apabila kuasa membeli rakyat kian meningkat sejajar dengan kuasa pengeluaran negara yang memang tinggi - increase productivity capacity.

• Lebih ramai rakyat bergaji serta boleh berbelanja, ertinya lebih banyak hasil dalam bentuk cukai terutamanya dapat dikutip daripada rakyat. 

(kalau pentadbrian Dr Mahathir dalam belanjawan tahun depan banyak cut spending serta amal Dasar Ekonomi Ikat Perut (#AusterityPolicy). Tapi, kerajaan pasca penghapusan GST nak mengharap hasil cukai berganda dengan naikkan levi buruh asing dll, semacam menarik jumlah tunai duit yang memang tengah berkurangan dalam ekonomi, dari ekonomi. Ikan tengah sesak nafas sebab air kurang, dikurangkan lagi air dalam bekas tempat ikan itu hidup, OK tak?)

Sebenarnya ada banyak lagi kesan berganda daripasa aspek ekonomi dan impak sosial, sebab ekonomis tak pernah percaya pun Malaysia akan bankrap kalau 97.7% hutang kerajaan dalam dedominasi Ringgit Malaysia? 

Hakim mahkamah mana di negara ini, nak isytihar kerajaan persekutuan bankrap kalau ya hutang kerajaan cecah lebih 55% GDP?

Ringgit Malaysia adalah Money As A Social Contract yang dihasilkan oleh Product of Law, bukan Tuhan Yang Maha Kaya cipta duit kertas negara kita.

Nak buat kereta nasional baru, progresif sangat kah idea itu dalam tahun 2018 (bukan 1908)?

Saja tanya.

FOR THE MANY, NOT THE FEW

#ManifestoMerah
#DEKPOS
#ModernMonetaryTheory

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus