16 July 2018

Naik taraf sistem paip bekalan air bawa manfaat kepada 100 keluarga Taman Impian – ADUN DAP Jawi


JALAN utama masuk ke Taman Permai, Jawi. 


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

JAWI - Kerajaan Negeri Pakatan Harapan melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memperuntukkan RM110,000 untuk menukar sistem paip lama sepanjang 500 meter (m) di sekitar Taman Permai di sini.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Jason H’ng Mooi Lye memberitahu, projek penarafan itu akan membawa manfaat kepada lebih 100 keluarga di sekitar taman yang berusia lebih 30 tahun tersebut.

“Tekanan air perlahan dan bekalan air tidak benar-benar bersih mungkin kerana sistem paip jenis Galvanized ini ada karat, mengakibatkan 2 inci (kira-kira 50 milimeter, mm) asal ukuran bahagian dalam  menjadi sekecil 1 inci.

“Kerja-kerja penarafan telahpun dimulakan, mengikut jadual dijangka siap dalam tempoh satu bulan, yang mana kontraktor lantikan PBAPP akan menukar paip Galvanized ini kepada paip ‘plastik berwarna hitam’ jenis HDBE supaya kalis karat,” jelasnya dalam sidang media di Pusat Khidmat Rakyat ADUN Jawi di sini pada pagi 16 Julai 2018.

Dalam perkembangan lain, Mooi Lye berharap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) segera menaik taraf sistem perparitan lama di 10 kawasan taman perumahan berusia lebih 30 tahun sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi.

Justeru, katanya, JPS dan Jabatan Kerja Raya  (JKR)  seharusnya mempertimbang cadangan untuk mewujudkan kolam takungan banjir serta menaik taraf sistem perparitan di taman-taman perumahan lama.

Tambah beliau, garis panduan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan mensyaratkan pemajuan kolam takungan banjir bagi projek perumahan baru.

“Taman perumahan lama dulu, air banjir boleh simpan dalam hutan (terbiar berhampiran), tapi apabila kawasan hutan terbiar pun berubah jadi kawasan perumahan baru yang lebih tinggi serta dilengkapi kolam takungan banjir, akhirnya lambakan air hujan akan kembali membanjiri taman perumahan lama dengan sistem perparitan lama yang dibina oleh JKR.

“Yang paling penting, JPS dan JKR perlu berbincang bagaimana untuk menaik taraf sistem perparitan lama di kawasan taman-taman perumahan lama yang sering kali dilanda banjir ataupun limpahan air parit monsun,” ujar Mooi Lye yang juga bekas Ahli Majlis MPSP.

Tambah beliau, pihaknya berhasrat membawa isu berbangkit  tersebut kepada Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir, Zairil Khir Johari serta akan mengetengahkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang dijadualkan pada awal bulan Ogos ini.

Selain itu, Jason turut berharap Kerajaan Persekutuan pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) supaya tidak lagi menangguhkan pelaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM6.2 juta di Parlimen Nibong Tebal terutama KADUN Jawi. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus