14 July 2018

Kenapa SUARAM beri anugerah hak asasi manusia kepada Arul?


ARULCHELVAN, peribadi sederhana tapi lantang berjuang!


DALAM Kongres Parti Sosialis Malaysia (PSM) Ke-20 pada ini, Setiausaha Agung Sivarajan Arumugam merakamkan penghargaan kepada A. Arulcelvan.

Kenapa Arul diraikan? Kenapa pasukan beliau dipilih menerima SUARAM Human Rights Award 2017?

17 tahun dahulu, Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Bangi ditubuhkan untuk membela kaum peneroka yang diusir secara paksa daripada kampung halaman mereka.

Arul merupakan Penasihat Badan Bertindak tersebut. 

Kerana Arul memegang ideologi sosialisme, maka tentulah tanah dianggap sebagai keperluan habitat dan bukan komoditi komersial yang boleh diperdagangkan secara spekulatif membabitkan kaum kapitalis neoliberal.

Menurut Arul, perundangan seumpama Property Right juga tidak boleh hanya menyebelah kaum kapitalis swasta, tapi mesti tidak mengabaikan rakyat terbanyak.

Maka, badan bertindak ini membela nasib 24 keluarga peneroka terbabit sampai diisytihar menang pada 27 Ogos 2017 lalu.


PERARAKAN bersejarah!


Pada hari bersejarah tersebut, Arul bersama-sama kaum peneroka beramai-ramai keluar, berarak penuh gembira atas perjuangan sama, daripada Pekan Bangi Lama ke Ladang Bangi.

Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk S. Ambiga yang juga peguam terkenal negara, turut menyertai perarakan bersejarah itu. 

Tuntutan “Rumah Ganti Rumah” yang dituntut berjaya direalisasikan apabila kelas tertindas bersetuju untuk bersama-sama bangkit dan lawan!

Padanlah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) memilih pasukan Arul menerima SUARAM Human Rights Award 2017?


Facebook ARUL!

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus