17 May 2018

Apa yang tidak disebut mengenai limited company 1MDB?


1 Ramadan, selepas ifthor di rumah tadi. 


PADA kurun ke-16 masihi, apabila sesebuah syarikat berstatus limited company jatuh bankrap, sekaligus akan menjejaskan kepentingan pemilik syarikat itu sendiri.

Pada kurun ke-19, terutama selepas krisis kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat sendiri,economis mula memikirkan bahawa golongan yang bankrap akibat syarikat limited company jatuh bankrap tidak boleh lagi dibiarkan begitu sahaja.

Mereka ini mesti diberi peluang untuk terus hidup dan mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi di Amerika Syarikat.

Sejak itu, apabila limited company bankrap, akan menjejaskan pegangan dalam syarikat pemilikan terhad itu sahaja, tidak lagi menjejaskan segala kepentingan dan hartanah individu terbabit.

Moralnya di sini, undang-undang negara bukan Tuhan yang cipta. Kalau manusia bernafas kapitalis yang cipta undang-undang negara, tentulah akan memelihara kepentingan segelintir puak mereka.

Sebab itu, hanya buruh kasar yang disingkirkan, tidak kiralah apabila satu-satu limited company bankrap atau sengaja dibankrapkan, segelintir ahli politik serta kroni terbabit tidak terjejas kepentingan merek masing-masing. 

1MDB ini, kalau Fed Govt mengabaikan terus, langsung tidak melayan segala tuntutan sivil di peringkat antarabangsa, ingat Malaysia boleh bankrap? 

Di Malaysia ini, Mahkamah mana nak isytihar negara ini bankrap kelak?

Saya tanya sebab ramai sangat ekonomis dan ahli politik muda menjelang PRU14 menyebarkan dakyah kononnya Malaysia akan terus bankrap jika rejim kleptokrasi terus dibiarkan menyeleweng kuasa dalam 1MDB ini.

#SkeptikPolitik




____________
Ini status penulis di Facebook.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus