11 April 2018

Mengenang bas mini era Tun Dr Mahathir...

JAMUAN malam di Restoran Hadroumaut Bandar Perda, semalam, Penulis bersama-sama Ustaz Wan Ji Wan Hussein (Pegawai Kepada Ketua Menteri ‘Sementara’ Pulau Pinang) dan Nana Rashid (Setiausaha Agung Persatuan  Muafakat Kesejahteraan Rakyat Pulau Pinang atau Yayasan PERMUAFAKAT) saling berbincang syor mewujudkan saluran televisyen dakwah pasca PRU14 di negeri ini. 






Oleh: Zainulfaqar Yaacob

#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 


Wacana Politik | Sempena PRU14 ini, di Facebook ada lah beberapa orang menulis mereka rindukan zaman kegemilangan Tun Dr Mahathir Mohamad.


Kata mereka, hidup di zaman Tun dulu tidak lah sesusah zaman sekarang ini.


Salah satu faktornya, menurut mereka, adalah campur tangan yang terhad kerajaan dalam aktiviti ekonomi negara.


Dengan maksud lain, dasar penswastaan neoliberal ekonomi adalah bagus.


Contohnya, kalau nak negara ini lebih maju, elok sistem pengangkutan awam pun diswastakan, seperti era Tun dulu. 


Amalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak bagus, apabila Kerajaan Persekutuan melalui anak syarikat persekutuan sendiri melaksanakan pemodalan secara besar-besaran (industrialization capitalism).


Contoh, ECRL RM60 bilion mengakibatkan rakyat rugi kerana kerajaan lebih memonopoli ekonomi negara berbanding rakyat?


Adalah pentadbiran Ketua Menteri ‘Sementara’ Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng hari ini yang berhasrat melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan (TMP) bernilai RM47 bilion jua adalah simbol Kerajaan Negeri lebih memonopoli ekonomi Pulau Pinang berbanding rakyat?


Dalam industrilisasi kapital sebegini, kerajaan digambarkan monopoli ekonomi negara kerana kapitalis swasta tidak boleh lagi menjarah kekayaan negara secara spekulatif.




Imbau kenangan


Tanya lah kepada rakyat, mana lebih bagus antara naik MRT yang begitu selesa dengan tambang termurah hari ini, dengan naik bas mini ‘cabuk’ KL pada era 1990-an dulu? 


Kalau tanya saya, tentulah saya lihat MRT lebih bagus atas sebab kemudahan lebih selesa dengan tambang murah.


Dan tentu jua lah akan saya sokongan kerajaan persekutuan hmelaksanakan Indistrilisasi kapital umpama projek ECRL, TMP Pulau Pinang oleh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan ‘sementara) kini.


Bas mini ‘cabuk’ KL boleh beroperasi dulu kerana dasar penswastaan yang diamalkan oleh Tun sendiri, dengan membeli lesen operasi kepada syarikat kroni.


Syarikat kroni ini pula pergi membeli bas-bas terpakai pertengahan era 1970-an dari Jepun untuk dipakai di tengah-tengah ibu negara Kuala Lumpur pada era 1990-an. Bayangkan!


Pentadbiran Tun dipuji kerana hutang persekutuan tak setinggi sekarang? Memang tak tinggi lah apabila sistem pengangkutan bas awam diswastakan, gaji pemadu murah sebab syarikat kroni mahu menjana untung berganda, dengan mutu perkhidmatan tak selesa.


Kerana dasar penswastaan ini juga lah, sistem pengangkutan awam moden negara tidak berkembang seperti hari ini.


Jajaran keretapi KTM yang ada hari ini pun umpamanya, dibina sejak era British, dengan sedikit projek penaiktarafan yang dilaksanakan pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).


Padah Dasar Penswastaan 


Jangan pula kita berdalih bahawa bas mini ‘cabuk’ Kuala Lumpur digunakan pada era 1990-an dahulu adalah kerana perkembangan teknologi industri pengangkutan moden negara tidak sebaik era Najib. 


Kerana, hujung era 1990-an dahulu pentadbiran Tun adalah melaksanakan projek LRT dan Monorel KL, dengan semua projek-projek kenderaan moden tersebut diswastakan kepada syarikat kroni, sebelum di-bailout-kan oleh Kerajaan Persekutuan era Pak Lah. 


Ertinya, Kerajaan Persekutuan sejak era 1990-an dahulu pun boleh melaksanakan industrilisasi kapital semacam era rejim kleptokrasi hari ini, tetapi Tun memang mesra kapitalis swasta.


Tun yang ada hari ini lantang menentang ECRL projek membabitkan agensi pemerintahan langsung dari Negara Republik Rakyat China pun kerana dasar penswastaan serta sikap mesranya dengan kroni kapitalis di tanah air Malaysia ini. 


Rasuah, pada era Tun dulu pun jangan kata tidak ada, tapi projek pembangunan seperti LRT dan monorel KL dimajukan juga. 


Begitu juga lah era rejim kleptokrasi yang didedah dengan pelbagai skandal, namun fasa lanjutan projek pemajuan MRT terus diperluaskan selain ECRL ini.



Pulau Pinang


Di Pulau Pinang, pentadbiran Guan Eng yang ‘Cekap, Akauntabel dan Telus’ atau CAT melalui TMP RM47 bilion ini berhasrat meminjam dana pelaburan dari bank antarabangsa China Exim Bank, untuk membina jajaran LRT, monorel serta BRT (sistem bas awam setempat) adalah polisi yang progresif, wajib disokong oleh rakyat terbanyak pada PRU14 ini.


Ya... polisi progresif ertinya “memang lebih memberi keuntungan kepada rakyat terbanyak berbanding segelintir puak” daripada kalangan kapitalis, syarikat kroni swasta serta ahli politik pro neoliberal ekonomi.


Walaupun saya penyokong Pakatan Harapan, kalau saya ambil sikap anti ECRL dan anti TMP jua, ertinya sikap penentangan saya kepada dua projek industrilisasi negara tersebut akan lebih menguntungkan syarikat kroni kapitalis spekulatif swasta berbanding rakyat terbanyak.





Saya pernah tulis, beberapa artikel berwajib, antaranya:


• Tun anti pelaburan China dalam laporan berita antarabangsa Bloomberg 


• Anti ECRL semacam bubuh pasiaq dalam periuk nasi Melayu, profesional! 


• Anti ECRL jauhkan sokongan Melayu, profesional daripada Pakatan?


Pakatan Harapan mesti menang PRU14, dan masih belum terlambat untuk kita saling menasihatkan Tun dalam isu berbangkit ini, demi menggamit sokongan terbanyak rakyat Malaysia terutama lebih 14 juta kelas pekerja.


Di sini lah perbezaan saya dan dasar penswastaan Tun.


Setuju?


#ManifestoMerah

#DEKPOS

#AnalisisPRU14

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus