17 August 2017

Menjelang PRU14, Najib berjanji syurga Koridor Utara 2.0 untuk P.Pinang?

LIM Guan Eng menjelaskan kepada Najib Razak mengenai hasrat Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang menjadikan Taman Perindustrian Batu Kawan sebagai 'enjin ekonomi utama negeri', ketika melawat gerai pameran Majlis Peluncuran Rangka Tindakan Pembangunan NCER (Blueprint 2.0) dekat SPICE Bayan Baru pada petang 17 Ogos 2017 di sini. | Gambar: Shum Jian Wei

PM janji Koridor Utara 2.0 laksana Batu Kawan Development 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

PANTAI JEREJAK - Pembangunan Batu Kawan tersenarai dalam Rangka Tindakan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara 2016 - 2025 (Blueprint 2.0), umum Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang tadi.

Perdana Menteri berjanji demikian pada Majlis Peluncuran Blueprint 2.0 NCER di Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (sPICE), yang turut disertai oleh Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini.

Turut serta, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Paduka Bakar Din mewakili Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir; dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq.

"Jika ketidakseimbangan ini gagal diatasi, maka rakyat yang berada di kelompok B40 terutamanya, akan terus ketinggalan.

"(Rancangan Malaysia Ke-11) RMK-11 merupakan fasa terakhir (NCER) untuk mencapai status negara maju," janji Najib lagi.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional turut memberitahu NCER ini akan turut menempuhi Revolusi Perindustrian 4.0.

Ucapan Najib itu senada dengan beberapa rancangan pentadbiran Guan Eng sebelum ini, yang mahu menjadikan menjadikan Taman Perindustrian Batu Kawan sebagai 'enjin ekonomi utama' Pulau Pinang dalam menempuhi era Revolusi Perindustrian 4.0, kini.

Difahamkan, Blueprint 2.0 NCER yang dijanjikan Najib tadi terdiri oleh 80 projek pembangunan di keempat-empat negeri serta merangkumi tiga kategori projek iaitu Nod Pertumbuhan, Projek Merentasi Sempadan dan Projek Berimpak Tinggi Setempat.

Di bawah kategori Nod Pertumbuhan, Batu Kawan Development merupakan satu-satunya janji Najib di Pulau Pinang.

Di Kedah, Najib berjanji untuk melaksanakan Kedah Rubber City dan Kedah Science & Technology Park, kedua-duanya di bawah kategori Nod Pertumbuhan.

Di Perlis pula, Najib berjanji untuk melaksanakan Chuping Valley Industrial dan Perlis Inland Port, jua di bawah kategori Nod Pertumbuhan.

Najib turut berjanji melaksanakan Greater Kemunting Conurbation dan Manjung-Amanjaya Maritime City, iaitu Nod Pertumbuhan di Perak.

Julai 2007, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi buat pertama kali meluncurkan Rangka Tindakan Pembangunan NCER (Bleuprint 1.0), hampir setahun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 8 Mac 2008.

Menjelang pilihan raya umum, dalam janji Najib ketika meluncurkan Blueprint 2.0 tadi memberitahu, NCER sehingga 31 Disember 2016 menarik RM79.9 bilion pelaburan serta mewujudkan 103,597 peluang pekerjaan ke keempat-empat negeri Utara Semenanjung Malaysia, termasuk Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus