ADUN Sungai Pinang lawat kejadian siling usang flat runtuh


LIM Siew Khim (paling kanan) bersama-sama dua individu lain melawat kawasan kejadian runtuhan siling bumbung usang yang merosakkan sebuah kereta, di Blok A Flat PPR Jalan Sungai di sini baru-baru ini. | Gambar: Facebook Pertubuhan Komuniti PPR Jalan Sungai

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUNGAI PINANG - Kejadian runtuhan siling bumbung usang dari tingkat 21, Blok A Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai di sini hanya mengakibatkan kerosakan sebuah kenderaan penduduk sahaja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim ketika melawat kawasan kejadian itu mengesahkan tiada sebarang kemalangan membabitkan orang awam.

"Tiada kemalangan awam, hanya sebuah kenderaan rosak kerana cermin pecah," jelas Siew Khim yang juga Ketua Wanita Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Pulau Pinang kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Makbul, Mohd Hussain turut sertai Siew Khim melawat lokasi kejadian.

Blok A Flat PPR Jalan Sungai di kedudukan hadapan bangunan Tenaga Nasional Berhad serta bersebelahan Flat PPR Jalan Sungai dan Flat Turnkey. 

Comments

Disqus