Skip to main content

SPRM tunggu aduan Faiz Fadzil isu Sarawak Report dedah Shafee terima RM9.5 juta?

 



TiMBALAN Ketua Pemuda AMANAH, Sdr. Muhammad Faiz Fadzil antara pemimpin muda yang membuat aduan polis berhubung Sarawak Report mendedahkan Peguam Shafee Abdullah menerima RM9.5 juta sebelum Sdr. Anwar Ibrahim dihukum penjara.


Dan, Ketua Pesuruhjaya SPRM telahpun respons, lapor portal berita atas talian Free Malaysia Today (FMT) pada 5 Jun 2017.


"Saya difahamkan laporan dibuat di pihak polis,” respons Datuk Dzulkifli Ahmad.


Memadai jika beliau berdalih, "Saya difahamkan laporan dibuat di polis."


Kegunaan perkataan 'pihak' barangkali adalah bahasa diplomatik seorang kakitangan Kerajaan, mungkin untuk menyuruh Muhammad Faiz pergi membuat aduan berwajib ke pihak SPRM pula.


Umum mengetahui hubungan mesra Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Najib juga dilihat kian mesra dengan Shafee, yang sebelum ini sebut-sebut sebagai 'peguam Umno'.


Dan ketika ini, ramai tidak tahu langkahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di SPRM, kalau ya pun sulit di pejabat Mohamed Apandi.


Di Pejabat Peguam Negara, menjadi rahsia umum bahawa Dzulkifli mempunyai wibawa tersendiri dan bukan mudah nak "dimakan cekak" dek Shafee dan Mohamed Apandi sendiri.


Ada kemungkinan yang Dzulkifli memang sedang ghairah dan menunggu Muhammad Faiz membuat aduan ke SPRM.


Elok Muhammad Faiz adu SPRM skandal terbaru yang didedah Sarawak Report ini.


Setuju?