25 April 2017

P.Pinang hasrat jadikan tapak arkeologi Guar Kepah warisan dunia UNESCO



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PENAGA - Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat memohon Jabatan Warisan Negara dan Kementerian Pelancongan berusaha mengklasifikasikan tapak arkeologi Guar Kepah sebagai satu lagi tapak warisan di bawah UNESCO, selepas kerja-kerja penggalian dan kajian siap sepenuhnya di sini kelak.

Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian selepas menyaksikan sendiri jumpaan terbaru rangka wanita purba berusia kira-kira 6,000 tahun di sini.

"Di Perak ada Perak Man, kita di Pulau Pinang ada Penang Women...kita (Kerajaan Negeri) ada harapan tinggi akan dapat kesan lagi kerangka manusia sejarah.

"Kita ada tapak warisan UNESCO di George Town, maka saya rasa di sini pun layak untuk dijadikan tapak warisan UNESCO, di bawah kategori tapak arkeologi dunia," jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam kepada pemberita.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan merangkap Ahli Parlimen Bagan berharap sebuah pusat galeri akan dibina di sini.

"Kerajaan Negeri meluluskan RM20,000 tapi itu tidak termasuk kos tapak galeri, supaya kerja-kerja (penyelidikan arkeologi) disiapkan dengan baik.

"Kita (Kerajaan Negeri) hadap dapat menemui lebih banyak rangka manusia, bagi tujuan itu Kerajaan Negeri melalui CMI akan saling bekerjasama dengan Think City, mahupun Jabatan Warisan Negara untuk mewujudkan sebuah galeri yang akan kita bina nanti," jelasnya.

Katanya lagi, lawatan ringkas bersama-sama Timbalan Ketua Menteri II Prof. P. Ramasamy ke tapak arkeologi di sini kerana ini adalah hari terakhir sebelum semua rangka manusia purba dan bahas-bahas fosil lain dipindahkan ke Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM).

Bercakap pada sidang media sana, ahli arkeologi Prof. Datuk Dr. Mokhtar Saidin dari USM berkata berdasarkan gigi, rangka yang dijumpai mungkin milik seorang wanita, namun pengesahan perlu dilakukan terlebih dahulu.

Katanya, pasukannya sendiri dalam tempoh kira-kira dua minggu berbaki ini turut mengharapkan akan menemukan satu atau dua lagi rangka purba, sebelum kerja-kerja penyelidikan arkeologi di sini dihentikan kelak.

Jumpaan bahan peninggalan bersejarah seperti tembikar dan cangkerang dan lebih 30 rangka manusia pada 17 April lepas di sini, dipercayai dari zaman Neolitik kira-kira lebih 5,000 tahun lalu.

Lantas Guan Eng mengumumkan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Ketua Menteri (CMI) meluluskan peruntukan sejumlah RM20,000 untuk kerja-kerja penyelidikan arkeologi oleh pasukan USM berkenaan.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus