09 November 2016

Lebuh Benggali ada 'Pocket Park' baharu tak lama lagi!

KOMUNITI penduduk setempat menyaksikan pelan cadangan projek pengindahan dan naiktaraf Taman Poket Lebuh Benggali yang dianggarkan menelan kos RM200,000 di sini pada pagi tadi.

Guan Eng puji kolabirasi MPSP, ThinkCity bangunkan Taman Poket Lebuh Benggali 

Oleh: Zainulfaqar Yaacob  


BAGAN DALAM - Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memuji kolabirasi Think City Sdn. Bhd. (ThinkCity) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan melaksanakan kerja-kerja pengindahan serta menaik taraf kemudahan awam dalam projek Taman Poket Lebuh Benggali.


Menurut beliau, projek tersebut merupakan salah satu cadangan di bawah garis panduan Pelan Butterworth Baharu, yang akan memangkin pertumbuhan masa depan bandar Butterworth.

"Projek ini akan mewujudkan sebuah bandar berdaya huni dan sudah tentu ia mesti hijau.

"Itulah cadangan menaiktaraf taman poket ini, (diharap) dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup (penduduk)," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan pada pagi tadi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Naik Taraf Pocket Park Lebuh Benggali Butterworth, yang dilangsungkan di perkarangan Gelanggang Bola Keranjang Pangsapuri Ria di sini.

Turut berucap, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, A. Thanasekharan dan Yang di-Pertua Majlis bagi MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif.

Sebelum itu, Maimunah memberitahu MPSP menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan ThinkCity selama lima tahun untuk merealisasikan Pelan Butterworth Baharu.

Di bawah pelan ini, difahamkan, ada cadangan projek naiktaraf parkir Jalan Jeti Lama menjadi 'rain garden’, kerja-kerja naiktaraf kolam renang dan gelanggang permainan Kampung Benggali.

"Kos keseluruhan RM200,000 dengan elemen projek naik taraf di mini taman rekreasi (Lebuh Benggali) ini seperti feature swing, parcourse equipment, park bench, feature play mount serta kemudahan Braille Map untuk orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

"Selepas siap, saya minta semua pengunjung mini taman rekreasi ini menghargai semua kemudahan yang diberikan, jagalah kemudahan agar lebih baik, jangan ada vandalisme," jelas Maimunah.

Ujarnya lagi, kerja-kerja penarafan Taman Poket Lebuh Benggali di atas tanah milik Kerajaan Negeri seluas 1,095 kaki dalam tempoh bulan November 2016 hingga Januari tahun depan, sebelum diserahkan sepenuhnya kepada MPSP pada Februari 2017.

Sehingga kini, MPSP mempunyai 1,776 lokasi tanah lapang di Seberang Perai, iaitu taman mini sekitar kawasan kediaman penduduk.

Direkodkan, MPSP telah membelanja RM1.604 juta untuk projek penarafan enam kawasan tanah lapang.

Itu, tidak termasuk projek menaiktaraf sembilan kawasan tanah lapang lain membabitkan pihak swasta, di bawah program tanggungjawab sosial korporat  (CSR) dengan nilai kos RM4.437 juta.

Selain itu, MPSP juga menyelenggara 12 daripada 16 taman rekreasi, seperti Hutan Ceruk Tok Kun dan sebagainya demi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan warga penduduk Seberang Perai.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus